Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

LIMA KELUARGA TERIMA ANUGERAH TOKOH KELUARGA MAWADDAH KELANTAN
utama

LIMA KELUARGA TERIMA ANUGERAH TOKOH KELUARGA MAWADDAH KELANTAN



Oleh: Saliemin Khesa Ahmad

KOTA BHARU, 8 September - Seramai lima buah keluarga daripada 86 pencalonan telah terpilih menerima anugerah Tokoh Keluarga Mawaddah Kelantan 2024 melalui lima kategori yang dipertandingkan bersempena Hari Keluarga Mawaddah Negeri Kelantan 2024 yang berlangsung di Taman Perbandaran Tengku Anis, di sini pada Sabtu.

Menurut Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Rohani Ibrahim, lima kategori tersebut ialah Keluarga Cemerlang, Keluarga Istimewa (golongan OKU), Keluarga Tabah (ibu tunggal), Keluarga Cekal (bapa tunggal) dan Keluarga Bangkit.

"Kita menilai lima buah keluarga ini berdasarkan lima kategori.

"Lima tokoh ini juga kita pilih daripada 14 parlimen di Kelantan.


"Anugerah ini adalah untuk menghargai pengorbanan, jasa dan kecemerlangan yang ditonjolkan mereka dalam menjalani kehidupan sebagai sebuah keluarga yang istimewa khususnya di Kelantan," katanya.

Jelas beliau, pihaknya amat menghargai sokongan dan cadangan dalam mengenalpasti keluarga yang bertuah untuk dikurniakan anugerah tersebut melalui Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan (UKeKWa).

Turut hadir, Menteri Besar, YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud, Timbalan Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Nor Asilah Mohamed Zin serta Pengarah UKeKWa, Ilvira Mohd Dusuki.




MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook