Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Markas Beta Hulu dibina dengan kebenaran pemilik tanah
utama

Markas Beta Hulu dibina dengan kebenaran pemilik tanah

KOTA BHARU: Adun Salor Saizol Ismail memberitahu beliau sudah menemui individu yang didakwa menyebarkan video premis Markas PAS Cawangan Beta Hulu diroboh.

Beliau berkata, semua individu yang kelihatan dalam video tersebut juga ditemui bagi mendapat gambaran lebih jelas daripada mereka.  

Begitu juga katanya pimpinan PAS Cawangan Beta Hulu dan Penghulu Mukim Beta Hulu.

"Malah saya juga mengatur pertemuan khas dengan mereka dijangka akan diadakan di rmah Ketua Cawangan PAS Beta Hulu dalam masa terdekat. 

"Premis yang diroboh itu hanya digunakan pada musim pilihan raya dan penghulu juga tidak menjadikannya sebagai pejabat," katanya ketika ditemui di sini.

Heboh di media sosial malam tadi penularan video di mana penduduk di Mukim Beta Hulu merobohkan sebuah premis yang dijadikan markas PAS ketika pilihan raya.

Malah video itu menyebut seorang penghulu turut meletak jawatan ekoran tidak puas hati terhadap wakil rakyat dan kerajaan negeri. 

Bagaimanapun berdasar maklumat PAS Kawasan Kubang Kerian dakwaan ada penghulu meletak jawatan adalah tidak benar.

Sebaliknya kata beliau isu tersebut sudah selesai kerana berlaku salah faham dalam kalangan segelintir pimpinan PAS Cawangan Beta Hulu.

Saizol juga berkata, premis yang diroboh dibina di atas tanah milik individu di mana pemiliknya sebelum ini memberi kebenaran kepada PAS Cawangan Beta Hulu membina markas PAS.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook