Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

MPKB-BRI terima anugerah PLANMalaysia
utama

MPKB-BRI terima anugerah PLANMalaysia

 


KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menerima penghargaan khas daripada Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).

MPKB-BRI mendapat Anugerah ‘The Champion Of Ease of Doing Business’ bagi Kategori Kelulusan Terpantas Projek Skala Kecil PBT seluruh Malaysia.

Sijil penghargaan tersebut disampaikan Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Datuk TPr Dr Alias Rameli sempena Sesi Townhall Pegawai Pegawai PLANMalaysia di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Selain itu Majlis Perbandaran Kulim, Kedah turut menerima ‘The Champion Of Ease of Doing Business’ bagi Kategori Kelulusan Terpantas Projek Skala Sederhana.

Sehubungan itu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah merakam ucapan tahniah dan penghargaan kepada Yang Di Pertua MPKB-BRI Mohd Anis Hussein dan seluruh warga MPKB-BRI.


Katanya semua PBT serta pemain industri perlu sentiasa komited  melaksanakan peranan masing-masing bagi mencapai kejayaan seperti diterima MPKB-BRI.

"Ia amat penting bagi memastikan proses dan pembinaan projek-projek pembangunan di Kelantan dapat dilaksanakan secepat mungkin dengan sempurna," katanya ketika merasmikan Seminar dan Taklimat, Pelaksanaan Inisiatif, Penambahbaikan OSC 3.0 Plus Peringkat Zon Timur di sini semalam.

Program berkenaan diadakan dengan kerjasama Bahagian Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Hilmi juga berkata, program terbabit disertai pegawai OSC PBT dan firma perunding profesional yang terdiri daripada perancang bandar, arkitek, jurutera, juruukur tanah, pelukis pelan dan pemaju hartanah.

"Mereka merupakan pemain utama dalam proses perancangan, pembangunan serta pemajuan di PBT," katanya.

Kata beliau juga peserta akan dapat menimba ilmu teknikal berhubung pelaksanaan tiga inisiatif baharu untuk proses dan prosedur kelulusan pelan pemajuan di peringkat PBT.

Ia merangkumi prosedur kelulusan pelan pemajuan iaitu Industrial Green Lane (IGL), Pre-Requisite (PR) dan Self Regulation (SR). 

Tambahnya, melalui inisiatif itu permohonan pelan pemajuan akan dikelaskan dan diproses mengikut kriteria yang ditetapkan melalui tatacara khas.

Dan seterusnya dapat memendekkan tempoh kelulusan pelan-pelan pemajuan daripada 99 hari kepada 21 hari.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook