Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KILANG PADI DARUL NAIM DIJANGKA MULA BEROPERASI 2025
utama

KILANG PADI DARUL NAIM DIJANGKA MULA BEROPERASI 2025


Oleh: Norzana Razaly

 PASIR MAS, 25 September – Kilang Padi Darul Naim dijangka beroperasi semula pada tahun 2025.

 Menurut Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi, YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail,  kilang yang dibina di atas tanah seluas lapan ekar itu telah lama terhenti operasinya dan terbiar. 

"Pihak kita (kerajaan negeri) melalui pelaburan swasta dan kerjasama PKPNK mengambil inisiatif untuk baik pulih kilang ini. Insya-Allah ia dijangka dapat beroperasi semula sebaik sahaja pembinaan bangunan baharu siap.

"Kita jangkakan kilang ini boleh memulakan semula operasi sepenuhnya pada tahun hadapan," jelasnya.

Tambahnya, kilang tersebut mempunyai kapasiti pengeluaran padi antara 30,000 hingga 40,000 tan pada satu masa, menjadikannya aset penting bagi industri pertanian di Kelantan.

YB Tuan Mohd Saripuddin bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK), Nik Razak Nik Hassan mengadakan lawatan ke tapak kilang tersebut di Kampung Meranti, hari ini.

Beliau turut berharap inisiatif itu dengan sokongan penuh Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Menteri Besar, YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud akan memberi sumbangan besar kepada usaha menjamin sekuriti makanan negeri dan negara.




MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook