Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PARA SUKMA XXI 2024: KELANTAN CAPAI SASARAN PINGAT
utama

PARA SUKMA XXI 2024: KELANTAN CAPAI SASARAN PINGAT

Oleh: Asri Hamat 

KOTA BHARU, 30 September- Kontinjen Para Sukan Malaysia (SUKMA) Kelantan berjaya mencapai sasaran kutipan pingat keseluruhan apabila mengutip 43 pingat keseluruhan di temasya sukan Para SUKMA  XXI Sarawak 2024  yang melabuhkan tirai pada 28 September lalu.

Dengan kutipan 43 pingat keseluruhan ini, Kontinjen Kelantan berjaya menduduki tempat ke enam daripada 15 kontinjen yang bertanding. Kedudukan ini mengatasi kedudukan ke sembilan yang dicapai Kontinjen Kelantan di Para SUKMA 2022 di Kuala Lumpur dengan 36 pingat keseluruhan. 

Para SUKMA XXI Sarawak tahun ini, Kontinjen Kelantan meletakkan sasaran 38 pingat keseluruhan namun berjaya mengutip 15 pingat emas, 11 pingat perak dan 17 pingat gangsa menjadikan jumlah pungutan pingat sebanyak 43. 

Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, YB Zamakhshari Muhamad menerusi catatan di media sosial miliknya berkata, pasukan olahraga menjadi pasukan paling cemerlang menyumbang pingat terbanyak. 

"Pasukan olahraga menyumbang 31 pingat keseluruhan dengan enam pingat emas, sembilan pingat perak dan 16 gangsa manjadikanya pasukan yang paling banyak menyumbang pingat untuk Kontinjen Kelantan.

" Pasukan angkat berat juga turut cemerlang apabila berjaya menyumbang enam pingat emas dan satu gangsa manakala pasukan ping pong pula berjaya mengutip dua pingat emas, boling padang  satu pingat emas dan satu pingat perak manakala sukan boccia dengan satu pingat perak. 

"Tahniah diucapkan kepada semua atlet, jurulatih dan pengurus-pengurus pasukan yang terlibat," katanya. 

Sementara itu, atlet para angkat berat, Mat Hussein Mat Noh menjadi penyumbang pingat emas ke-15 dan terakhir untuk Kontinjen Kelantan bagi kategori 72 kilogram apabila berjaya mengangkat bebanan seberat 155 kilogram sekaligus memecah rekod Para SUKMA. 

Untuk rekod, kontinjen Para SUKMA Kelantan menyertai tujuh daripada 10 jenis sukan yang dipertandingkan iaitu olahraga, angkat berat, ping pong, boling padang, boccia, catur dan badminton. 

Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 yang berlangsung dari 22 hingga 28 September melibatkan melibatkan seramai 1290 atlet yang bertanding dalam 10 jenis sukan dan 388 acara. 

Kontinjen tuan rumah, Sarawak muncul juara keseluruhan dengan kutipan 82 pingat emas, 53 pingat perak dan 74 gangsa sekaligus menjadi kontinjen yang paling banyak menjadi juara iaitu sebanyak 14 kali.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook