Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PAS KELANTAN MENYOKONG PENUH CADANGAN JAKIM MEWAJIBKAN PENSIJILAN HALAL
utama

PAS KELANTAN MENYOKONG PENUH CADANGAN JAKIM MEWAJIBKAN PENSIJILAN HALAL

Oleh: Zaki Mustafa

KOTA BHARU, 9 September -  PAS Kelantan menyokong penuh cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kenyataan itu dipetik di media sosial Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan, YB Mohd Asri Mat Daud bertarikh 7 September 2024.

Mohd Asri yang juga merupakan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan memuatnaik kenyataan sokongan itu rentetan kenyataan Ahli Parlimen Seputeh dari DAP yang dilihat mencampuri urusan dan bidang kuasa jabatan agama Islam.

“Cadangan yang dibuat JAKIM adalah sesuai dan tepat pada masanya, lebih-lebih lagi kita berhadapan dengan pengusaha-pengusaha restoran dan syarikat pengeluar bahan proses mentah yang semakin bermudah-mudah tentang status halal sesuatu makanan atau bahan masakan. 

“Tidak timbul soal pensijilan halal akan menambah beban peniaga apalagi memalukan negara,” tegas Mohd Asri dalam kenyataan tersebut.   

Tambah beliau, campur tangan dan komen berbaur negatif pimpinan dari DAP itu adalah sangat tidak bertanggungjawab dan mendukacitakan. Meskipun mengkritik dari sudut  ekonomi, namun hal berkaitan pengawalan status halal di restoran dan pengeluar bahan makanan syarikat di bawah bidang kuasa JAKIM dan jabatan agama Islam negeri-negeri.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook