Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PELAJAR KELANTAN JUARAI SENI GENERATIF AI ANTARABANGSA 2024
utama

PELAJAR KELANTAN JUARAI SENI GENERATIF AI ANTARABANGSA 2024

Kredit Sinar Harian

Oleh: Saliemin Khesa Ahmad

KOTA BHARU, 17 September - Pelajar dari Kelantan berjaya mengharumkan nama negara apabila menunjukkan prestasi cemerlang dalam pertandingan Seni Generatif AI Antarabangsa 2024 (Kategori Sekolah) yang berlangsung sejak 6 Jun hingga 30 Julai 2024, sebelum diumumkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), pada Sabtu.

Menurut Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, YB Wan Roslan Wan Hamat, pertandingan tersebut merupakan sebahagian daripada GEN AI International MyDigital Maker Fair 2024, anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

"Kategori sekolah menyaksikan peserta dari Malaysia iaitu dari Kelantan, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Ketereh, Kota Bharu, Kelantan dinobatkan sebagai juara.

"Kejayaan terbesar ini kita saksikan murid prasekolah iaitu Atiya Raisa Anizam dari SK Seri Ketereh ini yang memenangi tempat pertama dengan karya bertajuk Education for Tomorrow.

"Karyanya berjaya menggabungkan elemen seni tradisional Kelantan dengan teknologi AI, yang menarik perhatian juri dengan kreativiti dan pendekatan inovatifnya.

"Tahniah saya ucapkan juga kepada peserta dari SK Bukit Abal kerana berjaya mendapat tempat naib juara, dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Chengal di tempat ketiga dalam acara tersebut," katanya ketika dihubungi UPKN, hari ini.

Tambah beliau, Atiya berjaya mendahului 60 peserta lain yang terdiri dari pelbagai negara sekali gus membuktikan komitmen sekolah dan murid gigih memperkasa teknologi AI dalam seni kreatif.

Untuk rekod, pertandingan Seni Generatif AI merupakan kesinambungan daripada pengajuran program Karnival Pendidikan Digital Negeri Kelantan 2024,yang berlangsung di Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, pada Julai 2024.

Pertandingan tersebut telah berjaya menarik lebih daripada 60 penyertaan dari Malaysia, Indonesia dan Mesir yang dibuka untuk pelajar berumur antara 5 hingga 19 tahun.

Selain itu, lebih daripada 200 karya dari 15 negara turut dipamerkan dalam kategori lain termasuk inovasi ahli akademik, profesional, artis, pelajar IPT dan murid sekolah.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook