Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PERUNTUKAN RM10,600 UNTUK DUN LAKSANAKAN TUISYEN RAKYAT SEJAHTERA
utama

PERUNTUKAN RM10,600 UNTUK DUN LAKSANAKAN TUISYEN RAKYAT SEJAHTERA

Oleh: Norzana Razaly

PASIR MAS, 12 September - Ahli Dewan Negeri (ADN) Pengkalan Pasir YB Nasriff Daud Yatimee bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan atas peruntukan sebanyak RM10,600.00 kepada setiap DUN bagi melaksanakan program Tuisyen Rakyat Sejahtera (TRS).

Pihaknya menyambut baik program tuisyen percuma melalui peruntukan keseluruhan berjumlah RM477,000 yang akan bermula pada Oktober ini yang melibatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di 45 DUN.

Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan itu juga memaklumkan sebelum ini, Kerajaan Kelantan memperuntukkan RM30,000 secara tahunan kepada setiap DUN untuk diagihkan kepada pelajar yang layak demi memastikan kecemerlangan akademik anak-anak Kelantan.

“Peruntukan ini bertujuan untuk memperkasakan sektor pendidikan selain membantu meringankan beban golongan yang memerlukan. Rekod lepas mencatat, DUN Pengkalan Pasir telah menyampaikan sumbangan tersebut berjumlah RM60,000 setahun.

“Agihan dilaksanakan meliputi sumbangan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi (IPT) selain sumbangan anugerah kecemerlangan dengan setiap penerima akan menerima secara sekali beri (one-off),” jelasnya ketika merasmikan Majlis Sumbangan Pelajar IPTA/ IPTS DUN Pengkalan Pasir 2.0 /2024 di Madrasah Nasrullah Pohon Buluh, hari ini.

Tambahnya, Kerajaan Negeri Kelantan juga telah memperuntukkan RM337,200 untuk pelaksanaan program-program di setiap sekolah bagi membantu pelajar cemerlang dalam peperiksaan dan RM50,000 melalui agensi YAKIN untuk melaksanakan program yang telah dirancang.

"Selain wang one-off berkenaan, rakyat Kelantan juga boleh memohon pinjaman melanjutkan pengajian dengan agensi di bawah kerajaan negeri iaitu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN).

"Pemohon hendaklah mengambil borang permohonan daripada Penghulu Mukim atau terus ke pejabat ADN Pengkalan Pasir di bangunan Mini Stadium Pasir Mas," ujarnya.




MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook