Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PROF. EMERITUS DR. ABDUL SAMAD TOKOH MAULIDUR RASUL KELANTAN 2024
utama

PROF. EMERITUS DR. ABDUL SAMAD TOKOH MAULIDUR RASUL KELANTAN 2024

Oleh: Fathi Ariffin 

KOTA BHARU, 16 September – Felo Akademik di Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Profesor Emeritus Dr. Abdul Samat Musa dinobatkan sebagai Tokoh Ilmuwan Islam sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1446H.

Tengku Mahkota Kelantan, YTM Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni almarhum Sultan Ismail Petra berkenan mengurniakan anugerah tersebut di Masjid Jamek Muhammadi, pada Ahad.

Ketibaan Tengku Mahkota disambut Menteri Besar YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud bersama Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Mohd Asri Mat Daud, diiringi Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Dr. Hasnan Ramli dan Mufti Kelantan, YB Dato' Mohamad Shukri Mohamad.

Profesor Emeritus Dr. Abdul Samat, 73, menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM3,000, plak dan sijil penghargaan.

Pengiktirafan itu diberikan sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan beliau selama hampir lima dekad dalam bidang ilmu undang-undang Islam.

Sarjana yang menghasilkan ratusan buku dan artikel dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab itu juga menjadi rujukan penting bagi akademik serta pelajar dalam bidang perundangan.

Terdahulu, majlis tersebut dimeriahkan dengan pelbagai acara termasuk perarakan van berhias yang bermula dari Masjid Jamek Sultan Ismail Petra Kubang Kerian menuju ke Dataran Rehal diiringi selawat dan zanji.

Tengku Muhammad Fakhry Petra turut berkenan menunaikan solat Maghrib dan Isyak bersama hampir 1,000 jemaah dengan diimamkan oleh Imam Tua Masjid Jamek Muhammadi, Hairul Azizi Mokhtar.

Majlis sambutan turut diisi dengan ceramah khas yang disampaikan pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM, Ustaz Zamrie Ibrahim.

Majlis diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang kenderaan berhias.





MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook