Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Ramai penduduk Melayu miliki hartanah di Bandar Utama Gua Musang
utama

Ramai penduduk Melayu miliki hartanah di Bandar Utama Gua Musang

 


KOTA BHARU: Kerajaan PAS berjaya mengembalikan semula sebahagian ekuiti tanah yang dimiliki syarikat milik usahawan Cina dari Kluang, Johor kepada orang Melayu dengan memiliki hartanah di Bandar Utama Gua Musang. 

Malah di lokasi tersebut juga disediakan tapak cadangan pembinaan Maahad Tahfiz Sains Gua Musang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Mohamad Kamal Mohamed berkata, ada pihak melakukan kerja jahat demi matlamat menghalal cara untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota Johor dengan menjadikan isu tanah di Kelantan tanpa fakta yang betul. 

Katanya hanya kerana Wenzhuan Sdn Bhd berasal dari Kluang ada pihak cuba putar belit fakta secara tidak wajar. 

“Saya mohon mereka yang berniat jahat menyerang Kelantan melalui isu tanah sebagai modal politik supaya segera insaf dan kembali ke meja taubat,” katanya pada kenyataan di sini.  

Baru-baru tular di media sosial seorang wanita dipercayai Pegawai Komuniti Daerah Zon Timur (Gua Musang) JKOM mendakwa kononnya Kerajaan Kelantan memberi tanah freehold kepada Wenzhuan Sdn Bhd selama-lamanya.

Kamal berkata, tanah bergeran atas nama Wenzhuan Sdn Bhd asalnya milik Syarikat Duff Development LTD, merupakan Syarikat Hindia Inggeris yang dipajak selama 999 tahun.

Menurutnya hak milik geran diberi dengan status pegangan bebas dan selama-lama (grant in perpetuity) oleh Sultan Kelantan di zaman penjajah British sebelum wujudnya Enakmen Rizab Melayu yang diwartakan di Kelantan pada tahun 1930. 

Sedangkan katanya Enakmen Tanah Kelantan diwartakan pada 1938 melibatkan sekatan pindah milik hanya untuk anak Kelantan.

“Selepas syarikat Inggeris balik ke British dan beransur-ansur keluar daripada Malaysia setelah merdeka, Syarikat Duff Development LTD  menawarkan tanah dan ladang untuk dijual. 

“Pada masa itu (di awal kemerdekaan) tanah-tanah yang bergeran itu dibeli  beberapa pelabur termasuk GLC dan syarikat berhad daripada syarikat Inggeris tersebut. 

“Tanah yang ditularkan dengan cubaan fitnah ini telah dibeli oleh Syarikat Soon Chong Estate (Singapura) daripada Syarikat Duff Development LTD dengan menanam kelapa sawit,” katanya.

Kemudian kata beliau pada tahun 2010 tanah tersebut dibeli Wenzhuan Sdn Bhd, pelabur daripada Kluang dengan harga RM18,000 seekar. 

Menurutnya transaksi jual beli biasa dan mendapat kelulusan Estate Land Board yang tidak melalui kelulusan Mesyuarat Exco disebabkan tanah berstatus luar rizab Melayu dan pegangan bebas tanpa sebarang sekatan kepentingan.

Kamal juga berkata, Wenzhuan Sdn Bhd bukan mendapatkan tanah sebagaimana didakwa secara Permohonan Milik Bawah Seksyen 74 KTN sebaliknya melalui pembelian daripada tuan asal dengan harga RM80 juta yang kemudiannya dimajukan pembangunan perumahan. 

Ruang niaga di Masjid Buluh Gua Musang 

“Memandangkan tanah ini berupa pegangan bebas untuk kelulusan kebenaran merancang maka Kerajaan Negeri mengenakan syarat iaitu syarikat perlu membina 800 unit Rumah Kos Rendah dengan harga RM45,000 untuk orang Melayu, Teres Rumah Mampu Milik dengan harga RM85,000, kedai kos rendah, serahan secara percuma tapak masjid, tapak tahfiz, sekolah rendah dan surau. 

“Selain itu Wenzhuan menghadiahkan Masjid Buluh dan kawasan sekitar kepada Kerajaan Negeri yang dimajukan seperti yang ada sekarang,” ujarnya. 

Justeru itu kata beliau pihak terbabit sengaja melempar fitnah dengan dakwaan Kerajaan Kelantan memberi tanah pegangan bebas kepada Wenzhuan Sdn Bhd.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook