Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

RASULULLAH INSPIRASI PENYELESAIAN UMMAH SEJAGAT
utama

RASULULLAH INSPIRASI PENYELESAIAN UMMAH SEJAGAT

Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 16 September 2024 – Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menjadikan Rasulullah SAW sebagai inspirasi kepada penyelesaian isu ummah sejagat.

Beliau memetik firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 45 dan 46 yang bermaksud, Baginda SAW diutuskan sebagai saksi, pembawa berita gembira, pemberi amaran, dan penyeru kepada agama Allah.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa Rasulullah SAW, dengan penuh kasih sayang dan hikmah, telah menyampaikan berita gembira tentang ganjaran Allah kepada orang-orang yang beriman dan taat, serta memberi peringatan tentang akibat dari tindakan-tindakan yang menyalahi syariat.

“Kehadiran Baginda SAW membawa perubahan yang besar, meletakkan dasar kehidupan yang hakiki, memperkenalkan nilai-nilai murni dan mewujudkan masyarakat yang adil serta penuh kasih sayang. 

"Baginda SAW adalah contoh sejati dalam setiap aspek kehidupan, memberikan panduan dan penyelesaian kepada setiap permasalahan yang dihadapi oleh umat manusia,” ujarnya.

Beliau turut menekankan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa optimis dalam membina negeri ini dengan dasar dan pendekatan yang bersandarkan Islam.

“Islam adalah penyelesaian kepada segala masalah yang dihadapi oleh umat manusia.

"Ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW memberikan panduan yang komprehensif dan holistik untuk mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan dalam hidup,” tegasnya. 

Sempena sambutan Hari Malaysia, Dato’ Nassuruddin menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk mengukuhkan kesatuan dan perpaduan dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikon perpaduan ummah.

“Mana tidaknya kerencaman komuniti penduduk Madinah dapat disatukan oleh Baginda SAW dengan berasaskan Islam ketika mana dalam peristiwa Hijrah,” ujar beliau.

Oleh itu, beliau berharap sambutan Maulidur Rasul 1446H dan Hari Malaysia akan mengingatkan seluruh rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya untuk terus mengikuti ajaran dan teladan Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook