Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

RUANG, PELUANG  PENIAGA WUJUDKAN ZON BERSIH, SELAMAT DIBINCANG
utama

RUANG, PELUANG PENIAGA WUJUDKAN ZON BERSIH, SELAMAT DIBINCANG

Oleh: Nozana Razaly

KOTA BHARU, 23 September — Kerajaan Negeri Kelantan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  membincangkan isu ruang dan untuk pengusaha kedai tempatan menyampaikan aduan, pertanyaan serta pandangan mereka dalam usaha merealisasikan persekitaran yang bersih dan selamat, sekali gus menyokong aspirasi menjadikan Malaysia negara bebas rokok menjelang tahun 2040.

Sehubungan itu, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar YB Hilmi Abdullah menghadiri sesi Perbincangan Meja Bulat sempena Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BEBAS) Peringkat Negeri Kelantan bersama Timbalan Menteri Kesihatan, Dato’ Lukanisman Awang Sauni.

Mereka diiringi Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Norhayati Rusli bersama timbalannya, Dr. Ahmad Faris  Awang dan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Dato’ Dr. Zaini Hussin.

Sesi perbincangan berlangsung di Dewan Sri Tunjong pada Sabtu lalu melibatkan kehadiran wakil-wakil peniaga dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Antara wakil persatuan yang hadir ialah Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), Persatuan Anggota Kesihatan Kelantan (PEAKK) dan Persatuan Perubatan Keluarga USM (FAMOUS).

Dalam sesi dialog, YB Hilmi Abdullah menzahirkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Kelantan dalam membasmi amalan merokok sehingga ke akar umbi. 

Beliau memaklumkan bahawa usaha berkaitan agenda itu telah pun bermula sejak era mantan Menteri Besar almarhum Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang pada waktu itu mengambil keputusan tegas dengan mengharamkan penanaman tembakau di negeri ini, walaupun ia merupakan sumber pendapatan utama bagi penduduk di kawasan Bachok dan Pasir Puteh.

“Kerajaan Pusat akhirnya menukarkan fungsi Lembaga Tembakau Negara kepada Lembaga Kenaf, dan Almarhum juga menetapkan bahawa pelantikan Exco, ADUN, Ahli Majlis, mahupun Penghulu mesti terdiri daripada kalangan mereka yang tidak merokok,” ujarnya.

Tambah beliau, Kerajaan Negeri juga mengambil langkah tegas dengan tidak membenarkan pemberian lesen perniagaan untuk penjualan vape atau syisha di seluruh Kelantan.

"Inisiatif-inisiatif ini diperkuatkan lagi dengan pewartaan Zon Inisiatif Kelantan Bebas Asap Rokok (IKBAR) di 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini. Setiap kesalahan merokok di dalam Zon IKBAR boleh dikenakan denda sehingga RM10,000,” jelasnya.

YB Hilmi juga menegaskan bahawa Kerajaan Negeri akan terus memperkasakan usaha tersebut dari semasa ke semasa dengan hasrat menjadikan Kelantan sebagai “Free Smoke City” ke arah mewujudkan masyarakat yang lebih sihat dan sejahtera.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook