Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

SISTEM PENGAIRAN SSMIV SEDANG DITAMBAH BAIK
utama

SISTEM PENGAIRAN SSMIV SEDANG DITAMBAH BAIK

Oleh: Saliemin Khesa Ahmad

KOTA BHARU, 10 September - Kerja-kerja penambahbaikan sistem pengairan dan perparitan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV (SSMIV) sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada 15 Oktober nanti.

Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, YB Zamakhshari Muhamad berkata, projek menaiktaraf stadium itu terus dilaksanakan sejurus pihaknya menerima peruntukan sebanyak RM500,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan.

"Saya mewakili Kerajaan Negeri Kelantan dan Perbadanan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Menteri Belia dan Sukan kerana meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk kerja-kerja penambahbaikan stadium ini.

"Berdasarkan laporan yang kami terima, setakat ini projek ini telah mencapai kemajuan sebanyak 60 peratus.

"Secara asasnya, projek ini dibuat disebabkan beberapa isu yang berlaku iaitu air bertakung di atas padang sekiranya hujan mula turun.

"Kita juga di peringkat Persekutuan ada membincangkan berkenaan rumput padang iaitu sama ada menukar rumput yang baharu tetapi ia menelan kos yang begitu tinggi," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja penambahbaikan tersebut pagi tadi.

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Negeri (ADN) Apam Putra itu berkata, pihaknya juga akan memberi tumpuan terhadap beberapa isu lain di stadium tersebut secara berperingkat.

Dalam perkembangan lain, YB Zamakhshari memaklumkan sebarang aktiviti melibatkan penggunaan stadium tersebut hanya dapat dilakukan selepas 15 Oktober 2024 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan dan bagi memastikan keselamatan semua pihak.

Jelas beliau, kerja-kerja yang dilaksanakan ketika ini tidak menjejaskan jadual perlawanan bola sepak bagi pasukan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) sekiranya perlawanan diadakan di luar negeri dan pihaknya telah memaklumkan lebih awal berkenaan perkara tersebut.

Turut hadir, Jurutera Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan, Tuan Mohd Maskam Tuan Mohd Azmi serta Penolong Akauntan Perbadanan Stadium Kelantan Nurul Aeinani Mohd@Mat Nawi.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook