Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

SULTAN TITAH KERAJAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN TINGKATKAN USAHA PENEROKAAN TENAGA BAHARU
utama

SULTAN TITAH KERAJAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN TINGKATKAN USAHA PENEROKAAN TENAGA BAHARU

Kredit foto Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormatan oleh Bepix dan UKMB

Oleh: Zaki Mustafa

KOTA BHARU, 29 September - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menitahkan Kerajaan Negeri dan Persekutuan berusaha meningkatkan peluang penerokaan tenaga baharu seperti hidrogen, unsur nadir bumi (REE) dan tenaga solar yang boleh menjana sumber pendapatan baharu kepada Kelantan.

Baginda turut menyeru semua pihak meningkatkan kemudahan pelancongan dan tahap kebersihan serta memperkenalkan produk pelancongan yang lebih menarik untuk menggamit kunjungan pelancong domestik dan antarabangsa ke Kelantan.

“Beta diberi maklum sektor pelancongan negeri Kelantan menyumbang sebanyak RM2.6 bilion kepada ekonomi negeri tahun 2023.

“Beta berharap sempena Tahun Melawat Kelantan pada tahun ini, jumlah pelawat domestik dan pelancong mampu mengatasi rekod yang dicatatkan pada tahun 2023, iaitu 4.09 juta pelancong dan 7.55 juta pelawat domestik,” titah baginda pada Istiadat Pengurniaan Penghormatan Kebesaran Kelantan Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-55 di Istana Balai Besar hari ini.

Baginda turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan yang telah bersetuju memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) daripada 2.4 kepada 2.8 kilometer, tambahan sebanyak 400 meter.

Insiatif itu membuka peluang untuk menaiktaraf LTSIP kepada lapangan terbang antarabangsa sekaligus akan memacu pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat serentak dengan pembangunan jaringan darat.

"Pada masa sama, jaringan pengangkutan darat turut memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

"Sukacita beta menyeru agar projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa Tiga (LPT3) dapat dipercepatkan pelaksanaannya," titah baginda.

Sultan Muhammad V turut mengambil berat tentang pembangunan sukan dan atlet menjelang persediaan Kelantan sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun 2028 nanti.

“Harapan beta sebagai tuan rumah SUKMA akan datang, negeri beta mampu memberi saingan kepada negeri-negeri lain di Malaysia.

”Beta juga menyarankan agar sukan dilihat sebagai satu sumber janaan ekonomi baharu kepada negeri ini melalui penganjuran sukan rekreasi dan bersifat pelancongan sukan,” titah baginda lagi.

Di akhir titah, baginda merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, semua penjawat awam negeri dan persekutuan yang telah bersama-sama   mencurah   idea  dan  mengerah  keringat dalam memaju dan menjaga keharmonian negeri ini.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook