Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

TANAH PERKUBURAN ISLAM RAUDHATUS SAADAH MULA OPERASI AWAL OKTOBER
utama

TANAH PERKUBURAN ISLAM RAUDHATUS SAADAH MULA OPERASI AWAL OKTOBER

 

Oleh: Che Maziah Mat

KOTA BHARU,19 September - Tanah perkuburan Islam terancang yang dikenali sebagai Raudhatus Saadah pertama di Kelantan dijangka akan memulakan pengeporasiannya pada awal Oktober depan. 

Menurut Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Dr Hasnan Ramli, tanah perkuburan Islam yang terletak di Mukim Gual Tinggi, Rantau panjang ini mempunyai keluasan 5.75 ekar dan mampu memuatkan sebanyak 4552 lot kubur. 

“Kubur terancang di bawah seliaan MAIK ini dibangunkan di atas tanah yang diwakafkan akan bermula pada setiap hari Ahad hingga Khamis kecuali hari Jumaat dan Sabtu dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

"Tetapi sekiranya ada keperluan untuk mengebumikan jenazah pada hari cuti, pihak MAIK boleh bersedia untuk menimbang permohonan tersebut,” katanya pada sidang media hari ini. 

Sementara itu, jelasnya lagi kategori jenazah yang boleh dikebumikan di sini seperti jenazah orang lelaki dan wanita, kanak-kanak serta anggota badan. Kesemua jenazah yang dikebumikan akan disusun mengikut plot-plot kubur secara sistematik dan tersusun. 

Selain itu, MAIK juga telah bersetuju untuk membenarkan empat mukim utama di sekitar tanah perkuburan tersebut seperti Masjid Beijing, Taman Sri Rantau, Banggol Kul dan Gual Tinggi  untuk mengguna serta mengebumikan jenazah ahli keluarga. 

“Saya bersama pihak pengurusan MAIK sangat menghargai para penyumbang dan mereka yang telah terlibat. Semoga ia boleh memberi manfaat kepada anak mukim sekitar untuk menguruskan jenazah ahli keluarga dengan mudah,cepat dan sempurna,” katanya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook