Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Ustaz Mat Mustafa meninggal dunia
utama

Ustaz Mat Mustafa meninggal dunia

 


KOTA BHARU: Rakyat Kelantan kehilangan seorang ulama yang istiqamah menabur ilmunya apabila Ustaz Mohamad Mustafa, 65 meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada jam 11.21 malam tadi.

Arwah juga merupakan bekas ahli parlimen Peringat dan Adun Demit difahamkan meninggal akibat serangan jantung. 

Setiausaha PAS Kubang Kerian Mohd Nuri Yaakob berkata, pada Jumaat lepas arwah terjatuh di rumah, namun sempat bertongkat dengan tangan.

“Pada Sabtu dan Ahad arwah mengadu sakit dada dan semalam arwah dibawa ke HUSM kerana ada temujanji dengan doktor. 

“Ketika itu nadinya 180 dan terus masuk zon merah dan meninggal dunia tengah malam tadi,” katanya di sini.

Arwah seorang ulama disegani di negara ini pernah berdakwah sehingga ke Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Beliau meninggalkan lima anak, manakala isterinya meninggal dunia beberapa tahun lepas. Jenazahnya akan dikebumikan di Kampung Huda hari ini.

Sementara itu Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud merakam ucapan takziah kepada keluarga almarhum. 

“Semoga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan para solihin dan segala amal ibadahnya diterima oleh Allah SWT. Al-Fatihah,” katanya di sini. 

Allahyarham berkhidmat sebagai Senator selama sepenggal (2017-2020), sebelum itu Adun Demit selama sepenggal (2008-2013) dan mantan Ahli Parlimen Peringat selama sepenggal (1999-2004).

Arwah juga bekas Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia Cawangan Kelantan.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook