Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

117 PELAJAR CEMERLANG STPM TERIMA SUMBANGAN DARIPADA KERAJAAN NEGERI
utama

117 PELAJAR CEMERLANG STPM TERIMA SUMBANGAN DARIPADA KERAJAAN NEGERI

Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 31 Oktober- Seramai 117 orang pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 menerima sumbangan RM500 daripada Kerajaan Negeri Kelantan.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, YB Dato' Wan Roslan Wan Hamat berkata, pelajar-pelajar tersebut menerima manfaat sebanyak RM59,500.

"Hari Ini seramai 117 orang pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan STPM 2023 dan dua orang pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang terlewat memohon telah menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Kelantan berjumlah RM59,500.

"Mengikut data, anugerah insentif kepada pelajar cemerlang dalam SPM, STPM dan STAM daripada Kerajaan Negeri Kelantan untuk tahun ini berjumlah RM543,000 melibatkan 1,205 orang pelajar dan ini paling ramai sejak insentif ini diperkenalkan pada tahun 2006. Dari 2006 hingga 2024 ini sebanyak RM8.25 juta telah disumbangkan kepada 16,507 orang pelajar cemerlang dalam ketiga-tiga peperiksaan tersebut.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan STPM 2023, di Dewan Besar Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Tunjong, Kota Bharu, pada Rabu.


 Ditanya mengenai peruntukan untuk pendidikan bagi tahun 2025, YB Dato' Wan Roslan menjelaskan bahawa peruntukan untuk pendidikan sentiasa meningkat setiap tahun.

"Peruntukan untuk pendidikan sentiasa meningkat setiap tahun terutama melibatkan kenaikan gaji. Ini akan dibentangkan dalam sidang Dewan Negeri Kelantan pada 21 November nanti,” katanya. 

Dalam majlis tersebut juga turut disampaikan sumbangan daripada Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd. (KUMH) dan Indah Water Konsortium (IWK) kepada 100 orang pelajar B40 YIK yang menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) yang berjumlah RM200 setiap seorang.

Hadir sama, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, YB Kamaruzaman Mohamad, Timbalan Pengarah YIK, Che Kamarudin Kamil, Pengurus Besar KUMH, Dr. Mohd Rusdi Hassan, Ketua Operasi IWK, Khairul Anuar Muhamad dan Pengarah Perbandanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Kelantan, Hamdan Aman Ghazali.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook