Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

13 USAHAWAN MUDA TERIMA GERAN KSTART
utama

13 USAHAWAN MUDA TERIMA GERAN KSTART

 Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 7 Oktober - Seramai13 daripada 50 peserta yang menyertai program Kelantan Business Start-Up (KSTART) telah berjaya memenangi geran dana perniagaan berjumlah RM200 ribu keseluruhan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Melalui program tersebut, peserta yang mendapat tempat pertama menerima geran berjumlah RM50,000, tempat kedua menerima RM30,000 dan tempat ketiga menerima RM20,000.

Manakala 10 peserta yang mendapat saguhati menerima RM10,000 setiap seorang.

Peserta yang mendapat tempat pertama ialah Badzlan Bakar (Reyhut Hospitality & Tourism Autometion), tempat kedua Wan Mohd Bazli Wan Ismail (Blue Pacific Supply) dan tempat ketiga Mohd Sharif Mat Hasan (Angora Coffee House).


Geran perniagaan tersebut telah disampaikan kepada pemenang oleh Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, YB Zamakhshari Muhammad.

Sementara itu, YB Zamakhshari menerusi catatan di media sosial miliknya berkata, program KSTART telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada usahawan muda.

"Alhamdulillah, penyertaan amat menggalakkan. Hampir 300 permohonan diterima oleh pihak penganjur, namun hanya 50 orang sahaja yang layak untuk menyertai program KSTART ini.

"Program KSTART ini dikhususkan untuk usahawan belia Kelantan sahaja. Ini kerana kita ingin menggalakkan perkembangan idea perniagaan dalam kalangan belia sekaligus dapat menjana dan merancakkan ekonomi rakyat Kelantan,” katanya.



Pemenang saguhati pula ialah Sharafi Saupi (Kelantan Go-Kart), Ku Azlan Ku Adenan (Aryan Barber Shop), Abdullah Ayub (Mumtaz Digital Lab), Mohd Khairul Hafizi (Tanam Ubi Kayu, Jasmin Enterprise) dan Mohd Badrul Amin Mohd Nawi (Burger Nyada Enterprise).

Pemenang saguhati yang lain ialah Nur Asriniey Asaruddin (Galeri Kotak Seni), Muhamad Taqiyudin Mazlan (Agro Pelancongan, Walid Farm), Muhamad Aiman Syaqir Nordin (Bekki Mobile), Melissa Zyreena Abdullah (The Micco) dan Muhamad Arif Husna Hasan (Samudera Integrated Fishering Commerce).


YB Zamakhshari turut mengucapkan tahniah kepada peserta yang menang dan kepada semua peserta yang sangat bersemangat dalam program tersebut. 

"Tahniah kepada yang menang, dan kepada yang tidak berjaya, paling kurang mereka semua mendapat pengalaman yang berharga serta dapat meluaskan lagi rangkaian perniagaan mereka", ujarnya.

Untuk rekod, program KSTART adalah program anjuran Kerajaan Negeri Kelantan melalui portfolio Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat.

Program tersebut dilancarkan pada 4 dan 5 Oktober lalu di sebuah hotel di Kota Bharu.

Para peserta diadili oleh beberapa orang juri antaranya CEO Epic Berhad, Muhtar Suhaili selaku ketua juri, CEO Moovby, Nik Muhammad Amin dan Pengarah Smart Management, Suhail Muhammed Kamarudin.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook