Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Amalan agama letak Kelantan negeri paling selamat

Amalan agama letak Kelantan negeri paling selamat

  


KOTA BHARU: Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menanam benih Islam di Kelantan sejak lebih 30 tahun lalu sehingga muncul negeri kedua paling selamat di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi negeri, Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, ulama menabur benih untuk mewujudkan Kelantan sebagai baldatun thayyibatun wa rabbun ghafur.

Katanya, almarhum memperuntukkan dana besar kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) bagi memperluaskan pendidikan Islam.

“Apabila manusia dididik dengan agama sejak usia muda lagi mereka lebih faham soal dosa dan pahala. 

“Kerajaan negeri turut memperkenal Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan bagi mendidik rakyat dengan agama,” katanya pada majlis Ramah Mesra di Dewan Besar YIK Tunjong semalam. 

Turut hadir pegawai YIK, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin) dan Institut Latihan Darul Naim (ILDAN).



Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada laporan baru-baru ini meletakKelantan di kedudukan kedua indeks jenayah dengan skor 96, manakala Terengganu berada di tangga ketiga (100).

DOSM melapor tahap jenayah di Malaysia meningkat sebanyak 3.2 peratus tahun lalu, dengan indeks jenayah keseluruhan melibatkan kes serangan dan jenayah harta benda naik kepada 52,444 kes.

Manakala laporan yang diterbitkan Institut Ekonomi dan Keamanan berpangkalan di Sydney, Australia turut mengangkat Malaysia sebagai negara ketiga paling selamat di Asia Pasifik, di belakang New Zealand dan Singapura.

Wan Roslan juga berkata, masyarakat bukan Islam di Kelantan juga hidup dalam keadaan yang harmonis.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook