Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

DATIN SITI ZABEDAH DAN PROF DR. NIK MERIAM TOKOH HSK 2024
utama

DATIN SITI ZABEDAH DAN PROF DR. NIK MERIAM TOKOH HSK 2024

Oleh:Asri Hamat 

KOTA BHARU, 30 Oktober - Isteri mantan Menteri Besar Kelantan, Datin Bentara Kanan Siti Zabedah Ab Hamid dan Profesor Dr. Nik Meriam Nik Sulaiman dipilih sebagai Tokoh Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2024. 

Datin Siti Zabedah dianugerahkan Tokoh Sayyidatina Zubaidah, manakala Prof. Dr. Nik Meriam menerima anugerah Tokoh Sayyidatina Khadijah Khuwailid.

Datin Siti Zabedah merupakan seorang aktivis sosial dan bekas pendidik, dilahirkan pada 2 Februari 1960 di Kampung Alor Pasir, Wakaf Bharu, Tumpat.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Wakaf Bharu dan di tiga buah sekolah peringkat menengah, beliau kemudiannya menyambung pengajian di peringkat sarjana muda dalam bidang Usuluddin di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau menabur bakti sebagai guru agama pada tahun 1985 dan bersara pada tahun 2013. Sebagai seorang isteri pemimpin, Datin Zabedah turut turun menyantuni masyarakat tanpa mengira tempat dan masa serta menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin sebagai sayap kiri perjuangan suami.

Manakala penerima anugerah Tokoh Sayyidatina Khadijah Khuwailid, Prof. Dr. Nik Meriam pula merupakan seorang ahli akademik dan pendidik yang diiktiraf di Malaysia. 

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Zainab, Kota Bharu sebelum menyambung pengajian peringkat menengah di Kolej Tengku Kursiah, Seremban. Menyambung pengajian di peringkat sarjana muda dalam bidang kejuruteraan kimia dan sarjana dalam bidang sains gunaan di Universiti New South Wales, Australia dan mendapat doktor falsafah (PhD) dalam bidang kejuruteraan kimia di Universiti Birmingham pada tahun 1982.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Malaysia (UM) pada tahun 1983 di Jabatan Kejuruteraan Kimia, Fakulti Kejuruteraan. Pernah dilantik sebagai pengarah Institut Penyelidikan dan Perundingan serta ketua kluster pendidikan UM. 

Beliau juga merupakan salah seorang saintis wanita pertama di Malaysia daripada empat saintis yang pernah sampai ke Antartika untuk menjalankan kajian  berkaitan kimia. 

Kedua-dua tokoh tersebut menerima satu dinar emas, sijil, trofi, kerongsang HSK, set kecantikan Nutrifera dan sejambak bunga. Penyampaian anugerah disempurnakan oleh Speaker Dewan Negeri Kelantan, YB Dato' Sri Amar D'Raja, Dato' Mohd Amar Abdullah. 

Hadir sama, mantan Menteri Besar, YB Dato' Bentara Kanan Ustaz Dato' Ahmad Yakob, Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Rohani Ibrahim dan Timbalan, YB Nor Asilah.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook