Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

DATO’ ROMAI NOOR, SITI AISHAH TERIMA ANUGERAH TOKOH WARGA EMAS 2024
utama

DATO’ ROMAI NOOR, SITI AISHAH TERIMA ANUGERAH TOKOH WARGA EMAS 2024

Oleh: Che Maziah Mat

PASIR PUTEH, 21 Oktober - Pesara Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Kedah sebagai pengarah, Dato’ Romai Noor Ali dan bekas guru Bahasa Inggeris, Siti Aishah Abdul Rahman masing-masing dinobatkan tokoh warga emas lelaki dan wanita sempena Sambutan Hari Warga Emas peringkat negeri Kelantan bagi tahun 2024.

“Saya sangat teruja dan bersyukur kerana dengan usaha sejak mula menjadi pesara tahun 2005 dengan umur dan pencapaian sekarang ini telah diberi pengiktirafan sebagai tokoh warga emas tahun ini.

“Saya suka menjalani kerja-kerja kebajikan dan saya menganggap warga emas ini adalah mereka yang ada nilai, kerana itu dipanggil warga emas dan jangan sekali merasa terhina dan megah kerana dinilai sebagai warga emas,” akui Dato’ Romai Noor.


 Beliau yang berusia 75 tahun, terlibat dalam pelbagai sumbangan kepada komuniti dan kerja-kerja kebajikan, antaranya sebagai pengerusi di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kota Baharu dan Naib Pengerusi Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia.

Manakala, bagi anugerah tokoh warga emas wanita, Siti Aishah Abdul Rahman, 80 juga terlibat dalam aktiviti kebajikan sebagai guru al-Quran dan guru Bahasa inggeris di Kelantan International School dengan menggunakan kaedah pengajaran bersemuka dan juga atas talian.

Selain itu, beliau juga aktif mengadakan program-program membantu warga emas untuk menambah pendapatan dan sebagainya.

“Alhamdulillah saya bersyukur kerana diberi anugerah tokoh warga emas. Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana mengadakan program seperti ini yang mempunyai banyak manfaat terutama kepada komuniti muda,

“Bagaimana kami di usia warga emas masih lagi boleh memberi sumbangan kepada masyarakat dan golongan muda perlu sentiasa memikirkan masyarakat sekeliling kita yang perlu dibantu dan perlu diberi sumbangan agar kesejahteraan semua pihak terjaga,” katanya.

Sementara itu, program anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri dengan kerjasama Urus setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa) mendapat penyertaan lebih kurang 500 peserta yang melibatkan Pertubuhan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Negeri Kelantan (PURNAMA), peserta PAWE, ngo warga emas seluruh Kelantan dan pelajar-pelajar sekolah. 

Terdahulu, Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Rohani Ibrahim dalam ucapan perasmiannya berkata, 1 Oktober dijadikan hari Sambutan Warga Emas di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebagai penghormatan kepada warga emas dan ia boleh dijadikan sebagai ketandaan untuk kita semua lebih cakna kepada warga emas dalam masyarakat kita.

“Kita di Kelantan, mengambil langkah proaktif dengan membina sebuah modul, model dan sistem pembangunan serta kebajikan warga emas yang selari dengan Dasar Membangun Bersama Islam iaitu Dasar Warga Emas Mukramun pada tahun 2022.

“Warga emas adalah golongan yang perlu dimuliakan dengan meninggikan kedudukan mereka, menunaikan hak mereka, bermuamalah dengan cara yang terbaik serta memuliakan mereka dengan menzahirkan penghormatan melalui perbuatan dan tindakan,” jelasnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook