Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Sektor pendidikan tetap jadi fokus Kelantan
utama

Sektor pendidikan tetap jadi fokus Kelantan


KOTA BHARU: Kelantan menerima teguran dalam Mesyuarat Kewangan Negara kerana menyalurkan peruntukan begitu besar kepada sektor pendidikan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Dato' Wan Roslan Wan Hamat berkata, Menteri Besar memberitahu pada mesyuarat itu Kelantan ditegur kerana terlampau tinggi peruntukan kepada pendidikan dan tiada pulangan segera.

"Tetapi kata arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz manfaatnya untuk jangka masa panjang, jadi hari ini baru kita faham apa yang Tok Guru sebut, 30 tahun lebih baru dapat lihat hasil," katanya.


Beliau berkata demikian selepas majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) 2023 di Dewan Besar YIK di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Exco, Kamaruzaman Mohamad; Timbalan Pengarah YIK (Sekolah), Che Kamarudin Kamel Che Muhammad dan Ketua Operasi IWK Kelantan, Kyrul Anuar Mohd.

Wan Roslan yang juga Adun Pengkalan Kubor berkata, sektor pendidikan terus diberi keutamaan kerajaan negeri setiap kali pembentangan belanjawan negeri.

Menurutnya kerajaan negeri tidak pernah mengurangkan peruntukan sektor terbabit.

Kata beliau menjadi agenda kerajaan negeri untuk memperkasakan sektor pendidikan yang mempunyai dua silibus iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia dan Yayasan Islam Kelantan (YIK).


"Bajet negeri sektor pendidikan tidak turun, apa yang berlaku setiap tahun semakin naik, tambahan lagi melibatkan kenaikan gaji guru YIK.

“Belanjawan itu akan dibentangkan pada sidang DUN yang dijangka diadakan pada 21 November ini.

"Peruntukan untuk bidang pendidikan memang tinggi berbanding sektor lain, paling kurang sekarang YIK membelanjakan RM10 juta sebulan termasuk emolumen," katanya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook