Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Gara-gara beras mahal peruntukan Skim al It’am ditambah
utama

Gara-gara beras mahal peruntukan Skim al It’am ditambah


MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU: Program Skim al It’am diperkenalkan kerajaan Kelantan pada tahun 2011 sedikit sebanyak dapat menjimatkan belanja dapur keluarga penduduk miskin.

Beras sebanyak 10 kilogram diagih kepada 300 penduduk miskin di setiap Dewan Undangan Negeri (Dun). Selain beras penduduk terbabit juga menerima gula dan minyak pek 1 kg.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Agromakanan dan Komoditi, Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, disebabkan berlaku peningkatan harga beras tempatan, kerajaan negeri terpaksa menambah peruntukan.

Katanya tahun ini sebanyak RM6.6 juga disediakan kerajaan negeri bagi melaksanakan skim bantuan tersebut.

“Dan tahun hadapan jumlah peruntukan dijangka meningkat kepada RM7.2 juta bagi membolehkan program terbabit dilaksanakan,” katanya di sini. 

Menurutnya setiap bulan sebanyak 135 tan beras diagih secara percuma kepada rakyat.

Katanya, buat masa sekarang padi yang dihasilkan pesawah di Kelantan dikilangkan di Jabi, Terengganu memandangkan kerajaan negeri belum ada kilang padi sendiri. 

"Kilang terbabit memproses padi yang dibawa dari Kelantan menghasilkan kira-kira 135 tan beras setiap bulan.

"Setiap DUN menerima kira-kira 3 tan beras sebulan. Dan ia diagih kepada penduduk yang layak di 45 DUN," katanya di sini.

Tuan Mohd Saripudin yang juga ADUN Selising berkata, Kelantan akan memiliki sendiri kilang padi yang diubahsuai daripada kilang lama di Meranti, Pasir Mas. 

Kata beliau apabila kilang terbabit beroperasi dijangka tahun hadapan, beras Skim al It’am akan diproses di kilang terbabit. 


“Kilang tersebut dibangun semula di kawasan seluas lapan ekar dinamakan Kilang Padi Darulnaim dijangka beroperasi semula pada tahun 2025," katanya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook