Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Guru pakar dilantik kendali Tuisyen Rakyat
utama

Guru pakar dilantik kendali Tuisyen Rakyat


MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU: Program Tuisyen Rakyat yang dilaksana kerajaan negeri bermula 18 Oktober lalu dikendalikan guru pakar dalam subjek teras.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Dato' Wan Roslan Wan Hamat berkata, tenaga pengajar tuisyen tersebut dipilih daripada pengubal dan pemeriksa kertas peperiksaan.

Katanya agenda kerajaan negeri untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

"Tuisyen rakyat sebagai salah satu usaha kerajaan bagi membantu pelajar dan ia mendapat sambutan menggalakkan di peringkat DUN.

"Wakil rakyat diberi tanggungjawab menguruskan program ini di mana guru dilantik merupakan 'specialist' dalam mata pelajaran teras," katanya di sini. 

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) 2023 di Dewan Besar YIK di sini hari ini.

Program itu merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kelantan Utilities Mubaarakan (KUM) dan Indah Water Konsortium (IWK) bagi membantu pelajar B40 yang berjaya melanjut pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

 Hadir sama Timbalan Exco, Kamaruzaman Mohamad; Timbalan Pengarah YIK (Sekolah), Che Kamarudin Kamel Che Muhammad dan Ketua Operasi IWK Kelantan, Kyrul Anuar Mohd.

Wan Roslan juga berkata, Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dilantik sebagai pemantau pelaksanaan Tuisyen Rakyat. 

Kelantan memperuntukkan dana sebanyak RM477,000 bagi melaksanakan Tuisyen Rakyat untuk pelajar B40 membabitkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook