Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Hubungan DAP-Umno retak menunggu belah

Hubungan DAP-Umno retak menunggu belah

KOTA BHARU: Selepas mendapat kuasa politik DAP dilihat semakin angkuh dan mereka tidak ingat lagi kerana sokongan ahli-ahli parlimen Umno membolehkan kerajaan Madani dibentuk pada November 2022.

Sebaliknya hari ini seorang pemimpin DAP Johor mendakwa era pemerintahan BN-Umno merosakkan negara kerana salah urus ekonomi dan rasuah.

Ahli Jawatankuasa DAP Johor Dr Boo Cheng Hau dilapor berkata, Pakatan Harapan (PH) menyelamatkan Barisan Nasional (BN) sehingga mendapat sokongan semula rakyat.

Kata beliau, terbaharu berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota.

Pensyarah Psikososio sebuah universiti awam Dr Zulkeflee Yaacob berkata, kenyataan Cheng Hau sebagai penghinaan terhadap Umno. 

Katanya, DAP begitu teruja dengan kerjasama politik PH-BN atas perpecahan orang Melayu di negara ini. 

“Mobiliti politik DAP menggunakan segelintir pemimpin Melayu sebagai ejen memecahkan perpaduan orang Melayu, namun malangnya ada orang Melayu masih alpa dan leka. 

“Kalau ada kesedaran sebilangan orang Melayu pun belum pada tahap adaptasi kerana mahu menyelamatkan pemimpin Umno yang ada kedudukan dalam kerajaan Madani sekarang,” katanya di sini. 

Baru-baru ini portal berita melaporkan Cheng Hau mendakwa rawatan pakar daripada DAP memulihkan Umno-BN dalam arus politik perdana.

Sedangkan katanya dahulu Umno dibelenggu kronisme dan rasuah serta salah urus ekonomi ketika menerajui pentadbiran negara. 

Dr Zulkeflee juga berkata, plot hubungan PH-DAP-Umno sering berantakan kerana perbezaan dasar perjuangan yang begitu jauh.

“Mereka sekadar memperlihatkan kebersamaan dalam kerajaan Madani bagi menyelamatkan kedudukan seorang dua pemimpin Umno,” ujarnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook