Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 KELANTAN ANJUR SOLAT HAJAT BERJEMAAH, MOHON PERLINDUNGAN BENCANA BANJIR
utama

KELANTAN ANJUR SOLAT HAJAT BERJEMAAH, MOHON PERLINDUNGAN BENCANA BANJIR

Oleh: Saliemin Khesa Ahmad

KOTA BHARU, 21 Oktober - Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakan solat hajat bagi memohon keselamatan dan perlindungan dari segala bencana alam terutamanya banjir besar yang dijangka melanda negeri itu bermula November 2024 hingga Februari 2025. 

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Mohd Asri Mat Daud berkata, seruan bagi melaksanakan solat hajat itu bukan hanya dilaksanakan di masjid-masjid setiap daerah, malah juga digalakkan dilakukan oleh pihak jabatan, agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta seluruh keluarga terutamanya di Kelantan.

"Alhamdulilah, hari ini kita dapat melaksanakan solat hajat secara berjemaah di Masjid Muhammadi. 

"Apa yang kita lakukan ini adalah salah satu usaha dan langkah awal yang terbaik dalam memastikan segala urusan berkaitan persediaan banjir tahun ini akan berjalan dengan lancar.


"Pertolongan yang kita minta daripada Allah ini amat bermakna kerana ia bukan sahaja melibatkan keselamatan negeri Serambi Mekah ini, bahkan juga demi kesejahteraan masyarakat Kelantan tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang politik," katanya ketika ditemui pada Majlis Solat Hajat Mohon Keselamatan Dari Bencana Banjir di Masjid Muhammadi di sini pagi tadi.

Turut hadir, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK), Ahli-ahli Dewan Negeri, Timbalan Setiausaha Kerajaan, Dato’ Ab. Pattah Hasbullah dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Dr. Hasnan Ramli.

Terdahulu, solat hajat tersebut diimamkan oleh  Timbalan Mufti, YB Sahibul Fadhilah Dato' Nik Abdul Kadir Nik Mohamad merangkap Pengerusi Masjid Muhammadi.

Majlis solat hajat itu turut disertai lebih 500 jemaah yang melibatkan masyarakat setempat serta pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan.





MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook