Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN SAHUT KEMPEN PERANGI PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN
utama

KELANTAN SAHUT KEMPEN PERANGI PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN


 Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 23 Oktober - Sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Peringkat Negeri Kelantan 2024, Kerajaan Negeri Kelantan menyahut kempen dengan menyeru rakyat negeri ini memerangi pengambilan gula secara berlebihan.

Kempen tersebut ialah agenda utama Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bagi tahun 2024.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Hilmi Abdullah berkata objektif BMSS adalah untuk merealisasikan hasrat kerajaan ke arah melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera menerusi pembudayaan hidup sihat dengan meningkatkan literasi kesihatan dan solidariti promosi antara agensi, NGO, swasta dan komuniti.

Menurutnya, menerusi program ‘War on Sugar’, para usahawan kedai makan dipelawa menyokong usaha tersebut berikutan terdapat peningkatan prevalens berlebihan berat badan dan obesiti.

Timbalannya, YB Dato' Abdul Rahman Yunus turut menyertai para petugas program melakukan ‘walkabout’ ke kedai-kedai makan sekitar Pasar Borong Sri Guchil dan Dataran Peladang untuk berkempen kepada peniaga agar bersama kerajaan memerangi pengambilan gula.

Mengulas lanjut, YB Hilmi memaklumkan hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 menunjukkan Malaysia masih tersenarai antara negara tertinggi di Asia Tenggara dengan nisbah satu daripada enam rakyat Malaysia menghidap diabetes.

“Perkara ini berlaku disebabkan pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia tahun 2023 lalu iaitu 54.5 peratus berbanding 50.1 peratus pada 2019,” jelasnya ketika merasmikan majlis itu di Dewan Sri Guchil, Kuala Krai pada Ahad.

Program yang mendapat kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Guchil itu bertindak memberi kesedaran kepada masyarakat pengguna agar tidak mengambil bahan pemanis itu secara berlebihan.

"Semoga kita dapat melahirkan rakyat Kelantan yang sihat lagi sejahtera dengan mula mengurangkan pengambilan gula. Satu sudu teh sudah cukup, kurang adalah lebih baik. Tambahkan manis dalam senyuman, kurangkan gula dalam minuman,” ujarnya ketika dihubungi, hari ini.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook