Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KENAPA PILIH PERAK TRANSIT DAN CCCC LAKSANA PROJEK KB SENTRAL?
utama

KENAPA PILIH PERAK TRANSIT DAN CCCC LAKSANA PROJEK KB SENTRAL?

Oleh: Saliemin Khesa Ahmad

KOTA BHARU, 17 Oktober - Kerajaan Negeri Kelantan hari ini menjelaskan keputusan memilih syarikat Perak Transit Berhad dan China Communication Construction Company (CCCC) sebagai pelaksana utama bagi projek Kota Bharu Sentral (KB Sentral) berikutan isu yang ditularkan mempersoal mengapa projek ini tidak diberikan kepada syarikat milik Melayu atau Bumiputera.

Timbalan Menteri Besar

Menurut Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Dato’ Hassan, pemilihan itu dilakukan setelah kerajaan negeri mempertimbangkan pelbagai kaedah untuk menjayakan projek tersebut yang telah tertangguh hampir dua tahun selepas dua syarikat Bumiputera yang dilantik menarik diri.

“Kedua-dua syarikat tersebut sebenarnya pegangan sahamnya muslim dan bumiputera. Dalam hal ini kerajaan negeri sebenarnya telah sedaya upaya memberikan keutamaan kepada syarikat milik muslim atau bumiputera,” katanya menjelaskan persoalan di laman Facebook miliknya hari ini.

“Selain dari penswastaan, kerajaan negeri pernah putuskan untuk membinanya sendiri. Tetapi timbul persoalan siapa pula yang akan mengoperasikannya.

“Kerajaan negeri tidak ada kepakaran membina dan mengoperasikannya mengikut standard yang telah ditetapkan oleh pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Tambah beliau, pemilihan Perak Transit Berhad dan CCCC itu adalah berasaskan merit, namun keutamaan tetap diberikan kepada syarikat bumiputera yang berkelayakan serta dibuat mengikut prosedur pentadbiran yang telus dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan negeri.

Stesen ECRL Kota Bharu di Tunjong yang sedang dalam proses pembinaan oleh CCCC

Antara justifikasi pemilihan dua syarikat tersebut ialah Perak Transit mempunyai rekod yang cemerlang membina dan mengoperasikan beberapa stesen pengangkutan bersepadu, manakala CCCC yang terlibat dalam Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta pembinaan stesen utama di Tunjong juga mencatatkan rekod yang sangat baik.

Tambahan, tapak projek pembinaan KB Sentral yang bersebelahan stesen ECRL akan lebih memudahkan kerja-kerja pembinaan dan teknikal projek jika diusahakan oleh CCCC yang telahpun berada di situ bagi menyiapkan projek ECRL.

Selain itu, Perak Transit dan CCCC sanggup memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan berjanji menyiapkan projek KB Sentral dalam tempoh yang ditetapkan.

Dr. Fadzli yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Temangan itu menegaskan pemilihan yang dibuat kerajaan negeri adalah mengikut prosedur pentadbiran yang telus serta mengutamakan kepentingan rakyat dan negeri.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook