Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 KERAJAAN NEGERI SUMBANG RM675 RIBU KEPADA PELAJAR LANJUT PENGAJIAN KE IPT
utama

KERAJAAN NEGERI SUMBANG RM675 RIBU KEPADA PELAJAR LANJUT PENGAJIAN KE IPT

Oleh : Che Maziah Mat

KOTA BHARU, 10 Oktober – Kerajaan Negeri Kelantan memperuntukkan sejumlah RM675 ribu kepada 45 Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi tujuan manfaat pendidikan.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, peruntukan itu melibatkan sumbangan kemasukan pelajar baharu ke  institusi pengajian tinggi (IPT) yang diagihkan secara ‘one-off’. 

“Setiap tahun kita beri sumbangan kepada anak-anak pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT sebagai bantuan awal, yang mana setiap DUN akan menerima RM15,000 untuk diagihkan kepada 150 orang pelajar di DUN masing-masing,” katanya kepada media semalam. 

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Pengkalan Kubor itu berkata, seramai 120 orang pelajar yang cemerlang ke IPT peringkat DUN Pengkalan Kubor telah menerima sumbangan baru-baru ini dalam satu majlis penyampaian yang diadakan di Dewan Wisma Imtiyaz, Pusat Khidmat DUN Pengkalan Kubor.

“Saya ucapkan tahniah dan selamat menuntut di IPT kepada mahasiswa yang telah berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.

"Sesungguhnya kejayaan ini merupakan langkah pertama dalam mencapai kejayaan yang lebih besar, gunakan peluang ini sebaik mungkin dalam merealisasikan cita-cita dan harapan ibu bapa, bangsa dan agama," ujarnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook