Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KOMPLEKS SUKAN BUKIT MERBAU SIAP SEBELUM 2028 - TIMBALAN MENTERI
utama

KOMPLEKS SUKAN BUKIT MERBAU SIAP SEBELUM 2028 - TIMBALAN MENTERI

Oleh: Asri Hamat 

KOTA BHARU, 12 Oktober - Menjelang tahun 2028, Kelantan akan mempunyai stadium dan kompleks sukan apabila projek pembinaan tersebut di Pasir Puteh dan Kota baharu akan siap sebelum 2028. 

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim memberi keyakinan bahawa projek pembinaan stadium dan kompleks sukan tersebut akan disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. 

"Kita akan pastikan semua fasiliti sukan yang telah kita letakkan komitmen untuk disiapkan, akan siap mengikut masa yang ditetapkan, terutama kompleks sukan di Pasir Puteh dan Kota Bharu. Semua mesti disiapkan sebelum 2028 bagi memastikan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2028 berjalan lancar. 

"Kita sentiasa memantau projek-projek pembinaan tersebut dan alhamdulillah tidak ada projek yang terbengkalai, semuanya berjalan lancar, kalau adapun disebabkan faktor cuaca dan ia dapat diatasi,” katanya di sidang media selepas perasmian sambutan Hari Sukan Negara (HSN) peringkat Negeri Kelantan di perkarangan sebuah pasaraya di sini hari ini.


Mengenai peratus perkembangan projek tersebut, beliau berkata, ia berbeza kerana projek bukan di satu tempat yang sama dan bermula pada masa yang berbeza.

"Jadi perkembangan projek bergantung kepada jenis fasiliti, contohnya kompleks sukan yang ada di dalamnya pelbagai gelanggang sukan dalam lingkungan 25 peratus siap,” ujarnya.

Sementara itu, dalam ucapan perasmian, Timbalan Menteri menyatakan kompleks sukan tersebut dilengkapi dengan arena tertutup, stadium hoki, pusat skuasy, gelanggang  boling padang, lapang sasar menembak dan pusat akuatik.

Menyentuh tentang sambutan Hari Sukan Negara, beliau berkata penganjuran HSN merupakan satu ruang yang penting untuk menonjolkan industri sukan tanah air.

"Penganjuran HSN khususnya di negeri Kelantan hari ini diharapkan agar negeri ini dapat menghasilkan pelbagai jenama sukan tempatan, contohnya sukan berkuda.

"Difahamkan Kelantan sendiri mempunyai ramai bakat luar biasa dalam sukan berkuda dan HSN sebenarnya menjadi ruang yang penting untuk mempergiatkan usaha memperkenalkan sukan seperti ini kepada masyarakat,” katanya.

Untuk rekod, sambutan Hari Sukan Negara diperkenalkan pada tahun 2015 dan dianjurkan serentak pada hari Sabtu kedua bulan Oktober setiap tahun di seluruh negara.

Sambutan HSN peringkat Negeri Kelantan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan dimulakan dengan pelepasan kayuhan basikal sejauh 10 kilometer, pelepasan larian untuk negara sejauh lima kilometer dan Berjalan Ria Madani yang turut disertai oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim, Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, YB Zamakhshari Muhamad, Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Lama, YB Hafizah Mustaqim dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Mohd Saufudin Zakaria.


Pelbagai acara lain turut diadakan seperti pertandingan seni silat, taekwondo, sepak raga bulatan, batu selambut, tendangan penalti gol kecil, tarik tali bola keranjang dan lain-lain. Lebih 3000 pengunjung hadir di majlis perasmian sambutan HSN tersebut.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook