Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 LTSIP dihiasi seni bina tradisional Melayu
utama

LTSIP dihiasi seni bina tradisional Melayu


KOTA BHARU: Biar pun belum siap sepenuhnya, namun Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) sudah berubah wajah dengan mempamerkan seni bina tradisional Melayu.

Kerja-kerja menaik taraf LTSIP fasa kedua dijangka selesai pada akhir Januari 2025 dan fasa pertama siap pada 30 April lepas.

Terminal baharu LTSIP akan dapat menampung kapasiti sehingga empat juta penumpang setahun.

Dan baru-baru ini kerajaan pusat melulus projek pemanjangan landasan dengan tambahan 400 meter, menjadikan keseluruhan landasan sepanjang 2,800 meter.

Pemanjangan landasan dijangka menampung operasi pesawat termasuk Boeing 737-Max dan Airbus 321 Neo dengan jarak perjalanan sehingga lima jam.

LTSIP merupakan salah satu pangkalan udara domestik ketiga tersibuk di Malaysia akan dilengkapi lapan jambatan udara (aero bridge).

Kedudukannya sebagai lapangan terbang domestik ketiga tersibuk selepas Miri, Sarawak dan Subang, Selangor.

Projek pembinaan turut melibatkan parkir kereta bertingkat dengan 1,300 petak parkir dan 14 lokasi surau baharu di terminal.

Projek naik taraf dan pembesaran LTSIP bermula pada Ogos 2021 dirancang dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Malah kerajaan Kelantan mendesak LTSIP dinaik taraf sejak lebih 20 tahun lalu, namun hanya menjadi di era akhir kerajaan Barisan Nasional, kerajaan Pakatan Harapan dan rancak ketika era Perikatan Nasional.  


Projek tersebut melibatkan kos lebih RM440 juta. Hari ini LTSIP melalui transformasi dan dijangka menjadi hab pelancongan di Pantai Timur.

Ahad lepas Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V merakamkan penghargaan kerana kerajaan pusat krana melulus projek memanjangkan landasan LTSIP kepada 2,800 meter.

Baginda bertitah, ia merupakan langkah sebagai persediaan menjadikan lapangan terbang terbabit sebagai lapangan terbang bertaraf antarabangsa.

"Beta ingin merakam penghargaan kepada kerajaan persekutuan memanjangkan landasan LTSIP dalam usaha menjadikan LTSIP lengkap dengan kemudahan bertaraf antarabangsa,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Kelantan Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-55 di Istana Balai Besar, Ahad lalu.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook