Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Majlis Daerah Jeli Bandar Paling Bahagia
utama

Majlis Daerah Jeli Bandar Paling Bahagia


KOTA BHARU: Majlis Daerah Jeli mengekalkan kedudukan sebagai Bandar Paling Bahagia di Malaysia selama tiga tahun berturut-turut iaitu 2024, 2023 dan 2022. 

Anugerah itu disampaikan sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2024 di Kota Darulnaim hari ini.

Manakala pihak berkuasa tempatan (PBT) lain mendapat anugerah bandar mampan iaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI), Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam, Majlis Daerah Dabong, Majlis Daerah Gua Musang.


Selain itu Majlis Daerah Jeli, Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, Majlis Daerah Kuala Krai, Majlis Daerah Machang, Majlis Daerah Pasir Puteh, Majlis Daerah Tanah Merah dan Majlis Daerah Tumpat.

Majlis Daerah Pasir Mas menerima sijil penyertaan murni.net. MPKB-BRI turut menerima anugerah Kelulusan Terpantas Projek Skala Kecil. 

Kesemua anugerah tersebut disampaikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Sumber Asli, Integriti, Pembangunan Insan dan Undang-Undang Wan Rohimi Wan Daud.


Sementara itu Timbalan Menteri Besar Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, elemen bandar pintar merupakan suatu pendekatan baharu menggunakan teknologi maklumat canggih bagi meningkat kualiti hidup rakyat secara mampan dan selamat.

Kata beliau komitmen bagi menyediakan bandar pintar 2040 di Kelantan disediakan PlanMalaysia.

Katanya bandar pintar dilengkapi jaringan murni.net yang menjadi kayu pengukur sebagai penunjuk kewujudan bandar pintar.

“Di Kelantan kerajaan negeri dan PBT sentiasa menyokong usaha mewujudkan rancangan kawasan khas,” katanya pada perasmian sambutan tersebut. 

Teks ucapannya dibaca Wan Rohimi yang juga Adun Melor. Hadir sama Timbalan Exco Datuk Abdul Rahman Yunus, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Abdul Patah Hasbullah, anggota-anggota Exco, wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan.

Dr Mohamed Fadzli juga berkata, kerajaan negeri berusaha untuk mewujudkan bandar sejahtera dan memiliki dayahuni di Kelantan.

Menurutnya usaha untuk mewujudkan persekitaran yang mampan secara bersepadu dilaksanakan selaras slogan Membangun Bersama Islam (MBI).


“Rancangan pembangunan khas berjaya mewujudkan bandar sejahtera dan mampan di Kelantan dengan teras MBI sejak tahun 1990.

“Pelbagai rancangan pembangunan di Malaysia diguna pakai di Kelantan bagi menghasilkan suasana mampan dan sejahtera,” ujarnya. 

Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia diadakan sejak 1988 bagi meraikan perancang-perancang bandar.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook