Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

'SEEING IS BELIEVING' TARIK MASYARAKAT LUAR SAKSIKAN KEHARMONIAN KAUM DI KELANTAN
utama

'SEEING IS BELIEVING' TARIK MASYARAKAT LUAR SAKSIKAN KEHARMONIAN KAUM DI KELANTAN

Rombongan bergambar kenang-kenangan di hadapan 'sleeping Buddha' di Wat Pothivihan, Tumpat 

Oleh: Norzana Razaly 

KOTA DARULNAIM, 20 Oktober – Hampir 400 ahli rombongan bukan Islam dari luar Kelantan berpeluang menyaksikan sendiri keharmonian kaum di Kelantan bagi mendapat gambaran sebenar aspek hubungan kepelbagaian kaum di negeri ini.

Melalui Karnival Perpaduan Nasional ‘Kelantan Model Perpaduan’, mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang mewakili Terengganu, Pahang, Perak dan Wilayah Persekutuan menyertai karnival anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Urus setia Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat (U-BeS) dan Pusat Integriti Antara Kaum (PEKA).

Dalam karnival tersebut mereka berpeluang berkunjung ke tokong Cina, kuil Hindu dan wat Siam/ Buddha. Hari kedua, mereka dibawa melawat Pasar Pokok Pinang yang menjual daging khinzir di tengah bandar Kota Bharu bagi menunjukan tahap toleransi yang tinggi kerajaan negeri yang ditadbir kepimpinan ulama dan profesional sejak tahun 1990 hingga kini.

Sehubungan itu, Exco Belia, Sukan, NGO Dan Perpaduan Masyarakat, YB Zamakhshari Muhamad berkata, Kerajaan Negeri Kelantan mewujudkan dasar yang telah meletakkan falsafah Kelantan sebagai peneraju dalam keharmonian hubungan antara kaum selama 34 tahun.

Katanya, pelaksanaan dasar itu diasaskan oleh kepimpinan ulama yang memegang tampuk kerajaan negeri berpandukan prinsip agama Islam di bawah gagasan Membangun Bersama Islam selain doktrin dalam Rukun Negara terhadap pembentukan negara. 

“Kita meletakkan dasar antara kaum ini sebagai satu agenda kerajaan negeri kerana melihat kepada kepentingan memelihara perpaduan, adat resam dan kebajikan rakyat pelbagai kaum.

“Usaha ini bagi kita berdepan dengan situasi semasa termasuk ancaman semasa dan faktor arus pemodenan seperti cabaran dalam media sosial di Kelantan khususnya,” katanya dalam majlis perasmian karnival itu di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim pada Sabtu.

Dalam majlis yang sama, para peserta juga berpeluang berkongsi pandangan dan pengalaman dalam memupuk perpaduan di negeri ini bersama panelis forum yang menampilkan Speaker Dewan Negeri Kelantan, YB Dato’ Sri Amar Diraja Dato’ Mohd Amar Abdullah, peguam dan pempengaruh dari Pulau Pinang, Dr. Shamsher Singh Thind dan peguam kelahiran Kelantan, Andrew Yap Kuang Wei.

Sebelah malam mereka dijamu makan malam dengan aneka menu tempatan dan persembahan kesenian tradisi pelbagai kaum di Kelantan seperti wayang kulit, menora dan simfoni gendang di Wat Machimmaram (sitting Buddha), Tumpat.

Menteri Besar, YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud turut meluangkan masa bersarapan bersama ahli rombongan di kediaman rasmi beliau sebelum mereka berangkat pulang.




MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook