Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 NGO bangkit semangat rakyat bantah kekejaman Israel

NGO bangkit semangat rakyat bantah kekejaman Israel


KOTA BHARU: Mengambil kira semangat rakyat di negara ini semakin hambar terhadap perjuangan rakyat Palestin, Gabungan NGO Suara Gaza akan mengadakan beberapa siri Himpunan Aman Solidariti Suara Gaza di seluruh Kelantan.

Pengerusi Gabungan NGO Suara Gaza Nazri Deraman berkata, himpunan aman akan diadakan di Dataran Muhammadi berhampiran Masjid Muhammadi Kota Bharu selepas solat Jumaat ini.

 Katanya seramai 10 pimpinan dan wakil pelbagai NGO akan menyampaikan ucapan dan diikuti bacaan doa dan qunut nazilah. 

“Oleh itu kami mengajak semua anggota masyarakat tidak kira kaum, fahaman politik serta anutan agama menyertai himpunan aman tersebut,” katanya di sini. 

Kata beliau juga peserta digalakkan untuk membawa plakad, banner, banting dan apa sahaja bahan menggambarkan solidariti perjuangan rakyat Palestin dan pembebasan Masjid Al Aqsa.

Beliau turut memperingatkan peserta yang akan menyertai himpunan itu tidak membuat sebarang provokasi, kekacauan dan gangguan semasa program berlansung. 

“Peserta tidak dibenar membawa apa-apa bahan yang bersalahan dengan peraturan dan undang-undang di samping menjaga ketertiban serta menjaga sensitiviti semua pihak,” ujarnya. 

Menurutnya juga sejak Badai Taufan Al Aqsa berlaku 7 Oktober 2023 terlalu banyak kemusnahan, kehancuran dan pembunuhan berlaku dalam tempoh tersebut.

Katanya seluruh dunia bangkit membantah kekejaman Israel laknatullah tanpa mengira anutan agama, kaum dan batasan sempadan negara. 

Begitu juga rakyat Malaysia dan Kelantan tidak ketinggalan menyatakan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.

“Namun setelah lebih setahun perang berkecamuk, rakyat Malaysia nampak hambar dalam isu kemanusiaan dan genosid terbesar di abad ini di Gaza, Palestin. 


“Gabungan NGO Suara Gaza berasa amat bertanggungjawap menggerakkan kembali masyarakat terus membantah kekejaman Israel laknatullah dan menyokong perjuangan rakyat Palestin,” ujarnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook