Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PEGAWAI URUS INTEGRITI SUDAH DILANTIK - YB HILMI
utama

PEGAWAI URUS INTEGRITI SUDAH DILANTIK - YB HILMI


Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 28 Oktober - Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar YB Hilmi Abdullah memaklumkan bahawa seorang pegawai integriti  sudah dilantik sebagai Urus setia Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) di seluruh 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan. 

Beliau mengakui walaupun Unit Integriti belum ditubuhkan secara khususnya di semua PBT, pegawai integriti yang sudah dilantik itu berperanan sebagai orang tengah di antara Bahagian Integriti dan Tadbir Urus (BITU) dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.


Katanya, selain BITU, Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) juga antara badan yang dipertanggungjawabkan untuk mengadakan kursus integriti serta menyelia pergerakan pegawai dan kakitangan kerajaan negeri.

Menurutnya lagi, penubuhan IPTG berperanan untuk mengadakan program pengisian mingguan kerohanian kepada semua warga PBT bagi menyuburkan sikap amanah dan berintegriti dalam menjalankan tugas masing-masing. 

"Kami percaya melalui BITU dan IPTG, kakitangan kerajaan negeri Kelantan akan kekal sebagai negeri yang bebas daripada rasuah, pecah amanah dan salah guna kuasa. 

"Kerajaan Negeri Kelantan mengeluarkan Pelan Anti Rasuah Kelantan (KACP) 2020-2024 sebagai pelan induk membasmi rasuah di Kelantan dan ia jelas menggambarkan keseriusan dan komitmen dalam membasmi jenayah rasuah," jelasnya.

Pengarah IPTG, Prof. Emeritus Dato' Dr. Johari Mat 

Mengulas lanjut beliau menegaskan, sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan dasar Membangun Bersama Islam (MBI) sejak tahun 1990, integriti dan tatakelola dalam pentadbiran sememangnya sudah lama menjadi prinsip asas dalam pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan selain tiada pegawai dan pemimpin kerajaan negeri yang disabitkan dengan kes rasuah. 

"Bacaan ikrar dan program tahunan antara semua kakitangan dan pegawai kerajaan negeri dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga diadakan setiap tahun," ujarnya.

Beliau berkata demikian berikutan laporan media semalam berkaitan kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata semua 156 PBT diwajibkan menubuhkan unit integriti.

Menteri itu juga mendakwa kekurangan tenaga kerja tidak sepatutnya menjadi halangan kepada semua PBT menubuhkan unit integriti.

Sehubungan itu, YB Hilmi menyarankan Kor Ming sewajarnya lebih telus dan adil dalam membuat kenyataan dengan cara menyenaraikan status terkini penubuhan Unit Integriti yang dimaksudkan dalam Pekeliling JPA di semua 156 PBT di Malaysia.

"Kenyataan berkenaan tidak sepatutnya tertumpu pada tiga negeri saja kerana penubuhan Unit Integriti perlu melalui proses serta tatacara yang teratur selain membabitkan implikasi kewangan kepada PBT.

"Berilah masa kepada semua PBT untuk mewujudkan jawatan berkenaan dan di Kelantan kita sudah pun melantik pegawai untuk memangku tugas pegawai integriti sementara dalam proses penubuhan rasmi Unit Integriti PBT. 

"Penubuhan Unit Integriti memerlukan tindakan dan pemantauan serta pengisian program integriti selain kerohanian yang perlu dibuat secara berterusan untuk semua kakitangan dan pegawai kerajaan negeri termasuk PBT," katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Beliau turut menyeru pihak SPRM menyenaraikan PBT yang sudah ada atau belum menubuhkan Unit Integriti  di 156 PBT untuk penilaian rakyat.

"Ia juga dapat mendedahkan indeks kes rasuah yang membabitkan seluruh PBT agar kita dapat bersama-sama mengambil iktibar darinya dalam usaha bersama membasmi rasuah," ujarnya.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tetap menyokong dan menyambut baik pekeliling yang dikeluarkan JPA berkenaan cadangan penubuhan Unit Integriti untuk diambil tindakan sewajarnya oleh Bahagian Kerajaan Tempatan, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook