Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Peniaga Pasar Kuala Krai terbabit terbakar dibantu
utama

Peniaga Pasar Kuala Krai terbabit terbakar dibantu


KUALA KRAI: Peniaga Pasar Besar Kuala Krai yang terbabit dengan terbakar kira-kira jam 1.21 pagi tadi akan dibantu kerajaan negeri.

Anggota Exco Kerajaan Negeri Hilmi Abdullah berkata, kerajaan negeri dan pemimpin tempatan melalui Ketua Jajahan dan Majlis Daerah Kuala Krai akan memberi bantuan kepada semua peniaga yang terlibat.

Katanya usaha itu bagi meringankan beban ditanggung peniaga terbabit.

“Peniaga terlibat hendaklah bersabar dan tabah menerima ujian terbabit dan didoakan semoga akan digantikan dengan yang lebih baik oleh Allah SWT, insya-Allah,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

 Hilmi yang Adun Guchil berkata, kebakaran tersebut memusnahkan sebahagian besar tingkat atas pasar tersebut. 

Menurutnya beliau menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian tersebut lebih kurang jam 2 pagi.

Katanya, Bomba dan Penyelamat dengan kekuatan 25 anggota tiba 5 minit kemudian berjaya mengawal api daripada merebak ke bahagian lain pasar tersebut.


Kata beliau kebakaran terbabit berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 3 pagi. 

“Operasi pemadaman api tamat pada jam 5 pagi. Tiada kemalangan dilaporkan berlaku. Terima kasih kepada anggota Bomba Dan Penyelamat Kuala Krai di atas tindakan pantas memadam kebakaran,” katanya 

Beliau juga berkata, hasil tinjauan pagi tadi di tingkat atas Pasar Besar Kuala Krai yang berkeluasan 100 X 50 kaki persegi didapati 80 peratus terbakar.

Menurutnya kebakaran itu memusnahkan semua barangan jualan peniaga yang disimpan dalam stor simpanan. 


Bagaimanapun kata beliau jumlah kerugian keseluruhan belum dapat ditaksirkan.

Pada 2014 pasar tersebut rosak ekoran banjir besar yang melanda Kuala Krai dan hulu Kelantan.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook