Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 PERDANA MENTERI TINJAU PEMBINAAN LRA CHICHA
utama

PERDANA MENTERI TINJAU PEMBINAAN LRA CHICHA

Oleh: Norzana Razaly

KOTA BHARU, 1 OKtober - Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, YB Nik Nazmi Nik Ahmad turun padang meninjau kemajuan projek Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Chicha fasa dua dan sistem agihan di Pasir Hor, pada Selasa. 

Beliau meluangkan masa di tapak projek mendengar taklimat perkembangan projek di bawah seliaan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Ketua Pegawai Eksekutif PAAB, Ir. Zulkiflee Omar memaklumkan bahawa semua pihak yang terlibat dalam projek itu sedang bergerak pantas untuk membantu membekalkan sumber air dengan baik kepada rakyat Kelantan.

Progres pembinaan LRA Chicha fasa 2 yang menelan kos RM54.98 juta kini sudah mencecah 13 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2026. 

"LRA Chicha ini adalah antara lima projek besar yang menelan kos keseluruhan RM273 juta selain LRA Bukit Chupak serta Tanjung Mas. 

"Dua lagi projek di bawah peruntukan itu adalah penggantian paip lama dan uzur di Kota Bharu Timur, Machang, Tanah Merah serta Kuala Krai iaitu sepanjang 104 kilometer," katanya kepada media.

Siap kelak, LRA Chicha akan membekalkan 20 juta liter sehari (JLH) air bersih kepada 13,500 pengguna dengan 5 JLH disalurkan kepada akaun pengguna di Pasir Hor dan selebihnya ke Kota Seribong.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan pembinaan loji tersebut membabitkan keluasan 1.84 hektar dan sumber  air adalah dari bawah tanah dengan proses penggalian sedalam 100 meter. 

"LRA Chicha ini digali pada kedalaman 100 meter berbanding kebiasaan iaitu sekitar 40 hingga 50 meter saja dan apabila lagi dalam, kualiti air adalah sangat baik.” 

Perdana Menteri dan rombongan dalam rangka lawatan singkat ke Kelantan sebagai tetamu istana yang mendahului senarai penerima Ahli Yang Kehormat Yang Pertama bagi menerima darjah kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) membawa gelaran Dato’ sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-55.

Sebelum itu, beliau berkunjung ke Pasar Siti Khadijah dan mengumumkan peruntukan tambahan RM5.5 juta untuk menaik taraf pasar dan sebanyak RM8 juta bagi menampung kos projek Pusat Dialisis Yayasan Sultan Kelantan Darul Naim.

Turut mengiringi, Exco Pembangunan Islam, Penerangan, Dakwah dan Hubungan Seranta, YB Mohd Asri Mat Daud bersama Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar, YB Dato' Dr Izani Husin dan timbalannya, YB Mohd Saizol Ismail.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook Threads