Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

RAMALAN BANJIR: KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN RAKYAT JADI KEUTAMAAN - MENTERI BESAR
utama

RAMALAN BANJIR: KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN RAKYAT JADI KEUTAMAAN - MENTERI BESAR

Oleh: Saliemin Khesa Ahmad

KOTA BHARU, 10 Oktober - Kerajaan Negeri Kelantan mengambil perhatian serius ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang menjangkakan Kelantan menerima taburan hujan lebat bermula November 2024 hingga Februari 2025.

Menerusi satu kenyataan, Menteri Besar, YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud memaklumkan, pihaknya menjadikan kesejahteraan, kebajikan dan keselamatan rakyat Kelantan sebagai keutamaan untuk dilaksanakan secara bersepadu antara agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri.

Katanya, beberapa langkah proaktif telah diambil dan dikenalpasti pihaknya sepanjang menghadapi musim tengkujuh nanti. 

"Antaranya ialah meningkatkan jumlah aset sebanyak 19,619 berbanding 17,147 aset pada tahun lalu seperti kenderaan, jentera, bot, khemah kubik, genset dan peralatan-peralatan lain dalam keadaan bersiap sedia untuk digunakan.

"Sebanyak 459 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dikenalpasti yang mampu menampung lebih daripada 186,440 orang berbanding tahun lalu dengan hanya 214 PPS dibuka. 

"Memastikan bekalan makanan dan keperluan asas mencukupi dengan menyediakan sebuah depot simpanan keperluan bencana, 17 stor bencana dan lebih 160 pengkalan hadapan di seluruh negeri yang diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.

Lawatan YAB Menteri Besar ke PPS SK Gual Periok, Rantau Panjang pada November tahun lepas

Tambah beliau, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mempersiapkan sebanyak 108 buah stesen telemetri hujan dan aras air, 59 buah siren amaran banjir, 117 buah tolok arus, lima buah 'webcam', 137 pam bergerak, satu empangan pertanian dan empat kolam takungan pemantauan.

Selain itu, beliau berkata seramai 7,209 anggota dan petugas yang terdiri daripada Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sepuluh agensi lain juga bersedia untuk digerakkan dengan peningkatan seramai 62 anggota.

"Saya menggesa seluruh rakyat, terutamanya yang tinggal di kawasan berisiko banjir, agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa. 

"Jika amaran banjir dikeluarkan, segera berpindah ke PPS yang telah dikenalpasti atau ke tempat yang lebih selamat.

"Pastikan untuk menyimpan dokumen penting, ubat-ubatan dan barangan keperluan asas di tempat yang ditenggelami air. 

"Sentiasa ikuti perkembangan cuaca serta maklumat terkini daripada saluran rasmi," katanya.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook