Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

RM15,000 saguhati pelajar berjaya ke IPT di setiap DUN
utama

RM15,000 saguhati pelajar berjaya ke IPT di setiap DUN

TUMPAT: Setiap DUN di Kelantan menerima peruntukan daripada kerajaan negeri sebanyak RM15,000 untuk disumbang kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Jumlah keseluruhan melibatkan peruntukan sebanyak RM675,000 yang diagih kepada 45 DUN.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, peruntukan itu diberi secara ‘one-off’ sebagai meraikan kejayaan mereka. 

“Sumbangan tersebut sebagai saguhati kepada pelajar dan sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan ibu bapa,” katanya di sini. 

Sebelum itu beliau menyampaikan sumbangan kepada 120 pelajar di Dewan Wisma Imtiyaz, Pusat Khidmat DUN Pengkalan Kubor.

Beliau turut merakam ucapan tahniah kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT, di mana hampir kesemua mereka sudah mendaftar di IPT seluruh negara pada sesi pengajianan yang baru bermula.

"Apa yang penting kita hendaklah menjaga nama baik ibu bapa, keluarga dan negeri ketika menimba ilmu di perantauan," ujarnya.


Selain itu kerajaan negeri turut menyampaikan saguhati sebanyak RM500 kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM, STAM dan STPM.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook