Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

SELAMA 34 TAHUN MBI, KELANTAN JADI INSPIRASI RAMAI – MENTERI BESAR
utama

SELAMA 34 TAHUN MBI, KELANTAN JADI INSPIRASI RAMAI – MENTERI BESAR

Oleh: Norzana Razaly

KUCHING, 27 Oktober – Menteri Besar YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud menegaskan bahawa selama 34 tahun Kelantan ditadbir dengan dasar Membangun Bersama Islam (MBI), Kelantan telah melalui banyak perubahan dan menjadi inspirasi kepada ramai pihak.

Beliau berkata demikian di hadapan warga perantau Kelantan yang berbakti dan menuntut ilmu di Bumi Kenyalang.

Seramai 300 hadirin dirai dan disantuni dalam siri Jelajah PMBI kelolaan Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) melalui Unit Hubungan Seranta, di Merdeka Palace & Suites, Kuching, pada Sabtu.

Pada kesempatan itu juga, beliau menzahirkan kegembiraan dapat bertemu mata dengan anak-anak Kelantan di perantauan.

“Komitmen dan sokongan warga perantau amat penting bagi membantu kerajaan negeri terus memacu kemajuan dan kesejahteraan Kelantan. 

“Terima kasih atas komitmen luar biasa anak-anak Kelantan di Sarawak,” catatnya menerusi laman sosial, semalam.

Beliau turut menyampaikan sumbangan It’aam Siswa kepada mahasiswa yang hadir bagi meringankan beban perbelanjaan harian mereka.

Turut hadir, Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta YB Mohd Asri Mat Daud dan Pengarah UPKN Razuan Awang Hamad.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook