Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Semangat rakyat Malaysia bantu Palestin makin suram
utama

Semangat rakyat Malaysia bantu Palestin makin suram


KOTA BHARU: Sebanyak 10 badan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan menggerakkan semula kempen bagi meningkatkan sokongan orang ramai terhadap perjuangan rakyat Palestin yang dibunuh rejim zionis Yahudi.

Pengerusi Gabungan Suara Gaza, Nazri Deraman berkata, setelah setahun tiga minggu peperangan yang membunuh puluhan ribu penduduk, namun sentimen rakyat di negara ini berkurangan saban hari.

Sehubungan itu katanya, pihaknya menggerakkan usaha bagi memupuk semula solidariti rakyat terhadap perjuangan tersebut yang bermula di Kota Bharu sebelum diteruskan ke jajahan lain.

"Kita mahu semangat solidariti ditingkatkan semula, perang terus berlaku tetapi semangat kita semakin kurang, sepatutnya bila perang berlaku semangat kita terus kuat bagi beri sokongan.

"Hari ini hari pertama kita gerakkan semula di Kota Bharu kemudian terus ke beberapa jajahan lain, usaha ini bagi memberi sokongan dan sumbangan kepada saudara kita di sana," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Himpunan Aman Solidariti Suara Gaza di Dataran Muhammadi selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Muhammadi di sini hari ini.

Nazri berkata lagi, sebanyak RM2 juta dana sudah dihantar kepada wakilnya di Gaza bagi menyediakan bekalan air bersih dan bahan makanan seperti beras dan roti untuk penduduk yang terjejas akibat peperangan.



Kini sumbangan rakyat Malaysia khususnya semakin berkurangan, namun situasinya berbeza di Indonesia dan Brunei yang terus menyalurkan sokongan berbentuk kewangan kepada rakyat Palestin.

"Kita mempunyai ahli dalam semua NGO ini hampir 100,000 ahli, dan NGO di Kelantan ada 10, Malaysia banyak lagi, dua di Indonesia, dua di Palestin dan satu di Brunei, kita hantar duit untuk membeli barang keperluaan di Gaza.

"Setakat ini RM2 juta sudah dihantar kita tidak ada sasaran kutipan, kita kumpul dan hantar terus, kita tidak simpan hantar ke sana untuk sediakan air bersih dan makanan keutamaan kita," katanya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook