Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 TAWARAN ISTIMEWA KEPADA RAKYAT KELANTAN MILIKI MOTOSIKAL EV
utama

TAWARAN ISTIMEWA KEPADA RAKYAT KELANTAN MILIKI MOTOSIKAL EV

Oleh: Zaki Mustafa

KOTA BHARU, 30 Oktober - Tawaran istimewa kepada rakyat Kelantan yang ingin memiliki motosikal berkuasa elektrik (EV) dengan harga di bawah pasaran.

Tawaran ini diperkenalkan oleh Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd. anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan kerjasama Standard Energy Asia Sdn. Bhd. (SEASB) sebagai pembekal.

Menurut Pengarah Eksekutif SEASB, Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, kerjasama tersebut meliputi tawaran perkhidmatan berkaitan untuk kegunaan Kerajaan Negeri Kelantan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), menawarkan program sewaan kepada pelancong dan memperkenalkan program sewa beli atau rent to own (RTO) khusus untuk rakyat Kelantan.

“Kita melaksanakan program dipanggil RTO, rent to own, maknanya kita akan sewa beli melalui syarikat Standard Energy Asia khusus untuk warga Kelantan.

“Maksudnya di sini, kita tidak lagi menggunakan bank, kita tidak lagi menggunakan kaedah riba dan kita menawarkan bayaran bulanan khusus kepada rakyat Kelantan selama tiga tahun. Selepas tiga tahun, ia akan menjadi milik penuh pembeli," beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Projek Motosikal Berkuasa Elektrik (EV) di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Tambah beliau, untuk permulaan SEASB menyediakan sebanyak 20 unit motosikal EV dengan tawaran harga istimewa dan rebat khas lima peratus kepada kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan. Kepada yang berminat boleh berhubung terus dengan KUMH.

“Jika perkara semua okey, dokumentasi semua lengkap, dalam masa sebulan mereka pasti dapat motosikal tersebut,” ujar Dr. Zaharuddin.

SEASB mensasarkan jualan sekitar 100 ke 150 unit bagi tahun pertama dan turut merancang perkhidmatan sewaan kepada pelajar dengan harga yang munasabah.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Timbalan Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Sumber Asli, Integriti, Pembangunan Insan dan Undang-undang, YB Wan Rohimi Wan Daud. Ia merupakan antara komitmen kerajaan menyahut agenda pembangunan mampan dan kelestarian dengan mempromosi penggunaan teknologi hijau.

Turut hadir, Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi, YB Dato’ Tuan Mohd Saripuddin Tuan Ismail, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, YB Kamaruzaman Mohamad dan Pengurus Besar KUMH, Dr. Roshdi Hassan. 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook