Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

WANITA KELANTAN SUMBANG EMAS UNTUK PALESTIN
utama

WANITA KELANTAN SUMBANG EMAS UNTUK PALESTIN

Oleh: Asri Hamat 

KOTA BHARU, 31 Oktober - Prihatin dan cakna terhadap nasib yang menimpa saudara seagama di Palestin yang ditindas oleh Israel laknatullah, wanita negeri Kelantan melalui Urus setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa) dan Majlis Perundingan Wanita Kelantan (MPWK) dengan kerjasama Pertubuhan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Kerajaan Negeri Kelantan (PURNAMA) telah berjaya mengumpul lebih 564.6 gram emas dengan anggaran RM283 ribu untuk membantu rakyat Palestin melalui Projek Emas untuk Palestin. 

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Rohani Ibrahim berkata, projek khas yang julung kali diadakan ini adalah hasil dari keprihatinan wanita Kelantan sendiri. 

"Projek emas untuk Palestin ini adalah sebagai tanda keprihatinan dan kecaknaan rakyat Kelantan khususnya wanita terhadap Palestin yang merentasi agama dan bangsa, dan emas pula sinonim dengan wanita Kelantan. 

"Tahniah dan terima kasih kepada PURNAMA, Cakna Palestin, Yayasan Amal Malaysia cawangan Kelantan, MPWK peringkat DUN dan parlimen serta Prof. Madya Dr. Noraida Ramli yang telah memerah keringat, fikiran idea untuk menjayakan projek ini".

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan di majlis perasmian Sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2024 di sebuah hotel di Kota Bharu, pada Rabu. 

Majlis pelancaran Projek Emas untuk Palestin disempurnakan oleh Speaker Dewan  Negeri Kelantan, YB Dato' Sri Amar D'Raja Dato' Mohd Amar Abdullah yang turut menerima sumbangan Projek Emas untuk Palestin daripada wakil MPWK dan  Timbalan Pengerusi PURNAMA, Datin Bahrul Nor Afifah dan Prof. Madya Dr. Noraida Ramli. Kutipan sumbangan juga diadakan pada majlis tersebut.

Mengulas tentang perananan wanita. YB Rohani menjelaskan bahawa golongan wanita memainkan peranan utama untuk menjaga kesejahteraan keluarga seterusnya membawa kepada kesejahteraan masyarakat, negeri dan negara.

"Untuk membentuk kesejahteraan tersebut, Kerajaan Negeri Kelantan telah menggubal Dasar Wanita Solehah Negeri Kelantan sebagai satu panduan kepada semua pihak untuk pembangunan wanita di Kelantan.

"Satu pelan tindakan pelaksanaan telah dibentuk dalam kerangka gagasan wanita solehah negeri Kelantan bagi tempoh 2016 hingga 2030," ujarnya.

Beliau turut menjelaskan terdapat lima ciri yang telah digariskan untuk menjadi wanita solehah iaitu; Wanita Mukminah: Wanita yang beragama dan berakhlak, Wanita Bijaksana: Cerdik, berilmu dan rasional, Wanita Dinamik: Berkemahiran, kuat semangat dan tahan cabaran, Wanita Cakna: Prihatin, empeti dan bermasyarakat, dan Wanita Sakinah: Tenang, menenangkan  dan bertanggungjawab.

Hadir sama, Speaker Dewan Negeri Kelantan, YB Dato' Sri Amar D'Raja Dato' Mohd Amar Abdullah, mantan Menteri Besar, YB Dato' Bentara Kanan Ustaz Dato' Ahmad Yakob , Timbalan Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Nor Asilah Mohamed Zin, Ahli Dewan Negeri Kelantan dan Ahli Dewan Rakyat.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook