Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

5 TINDAKAN UTAMA KELANTAN MAJU DENGAN KERJASAMA RAKYAT
utama

5 TINDAKAN UTAMA KELANTAN MAJU DENGAN KERJASAMA RAKYAT

Ihsan UKMB

Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 6 November - Sempena Majlis Sambutan Membangun Bersama Islam kali ke-34, Menteri Besar YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud memperkenalkan lima tindakan utama untuk membawa Kelantan terus maju dengan kerjasama rakyat.

Selaku peneraju kepimpinan kerajaan negeri, beliau menyenaraikan Hala Tuju Portfolio sebagai yang pertama iaitu kerajaan negeri akan melaksanakan 89 program melalui Projek Ssoho (tersohor) bagi semua portfolio Kerajaan Kelantan.

Katanya, sasaran projek yang akan dipantau keberkesanannya oleh Unit SPARK itu dilaksanakan hingga tahun 2028. Oleh itu, beliau mengharapkan sokongan padu daripada semua agensi. Oleh itu, beliau mengharapkan sokongan padu daripada semua agensi.

Disusuli dengan penyampaian perkhidmatan yakni para penjawat awam diminta memperkukuhkan penyampaian kepada rakyat kerana Kelantan akan melangkah ke arah pendigitalan melalui Pelan Tindakan Ekonomi Digital Kelantan sebagaimana pengumumanan pada awal tahun.

Seterusnya, pemerkasaan kepemimpinan pula disebutkan oleh Dato’ Mohd Nassuruddin. Menurutnya, lantikan politik perlu terus diperkasakan agar dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan efisien.

Diikuti oleh tindakan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan Pusat Khidmat DUN (PKD).

“Kerajaan akan menyeragamkan operasi PKD melalui Manual Standard Pengurusan dan Pentadbiran Pusat Khidmat DUN yang dikeluarkan oleh SPARK dan pengamalannya akan juga dipantau oleh SPARK,” jelasnya ketika merasmikan majlis berkenaan di Dewan Tok Guru Dato' Bentara Setia pada Selasa.

Pelancaran Buku "Standard Pengurusan dan Pentadbiran Pusat Khidmat DUN Negeri Kelantan- Ihsan UKMB


Sementara itu, sikap inklusif pula dijustifikasikannya secara tuntas. Jelasnya, kerajaan negeri akan sentiasa bersikap terbuka untuk mendengar suara rakyat tanpa mengira latar belakang.

“Melalui sesi libat urus yang lebih kerap, kita akan memastikan setiap rakyat merasai manfaat pentadbiran yang telah dibawa selama 34 tahun,” ujarnya.

Mengakhiri ucapan, beliau berharap Allah memberkati usaha tersebut agar Kelantan terus cemerlang dengan strategi Penghayatan Membangun Bersama Islam.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook