Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 70 penduduk India terima bakul makanan

70 penduduk India terima bakul makanan


TANAH MERAH: Masyarakat India yang tinggal di Ladang Kerilla, DUN Gual Ipoh dirai kerajaan negeri sempena perayaan Deepavali baru-baru ini. 

Sempena program berkenaan seramai 70 penduduk dalam kalangan kaum India menerima sumbangan bakul makanan sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada mereka sempena sambutan Deepavali. 

Program berkenaan diadakan semalam dirasmikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Bahari Mohamad Nor mewakili anggota Exco Zamakshari Muhammad.



Turut hadir mantan ADUN Gual Ipoh  Wan Yusoff Wan Mustapha dan Ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan DUN Gual Ipoh Razali Yusof serta pimpinan tempatan. 

Setiausaha Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kelantan Hareetaran berkata, majlis ramah mesra tersebut begitu meriah dengan kehadiran ramai penduduk kaum India yang bekerja di Ladang Kerilla. 

"Program terbabit bertujuan mempereratkan hubungan antara pemimpin kerajaan negeri dan komuniti India, selain itu memberi sokongan kepada mereka yang baharu meraikan perayaan Deepavali," katanya di sini. 

Menurutnya juga program seperti itu diadakan kerajaan negeri setiap tahun sebagai meraikan masyarakat India sempena Deepavali. 

Kata beliau juga kaum India yang tinggal di Kelantan lebih tertumpu di Tanah Merah, Kota Bharu, Kuala Krai dan Gua Musang di mana sebahagian besar mereka bekerja di ladang, mengusaha bengkel kenderaan dan berniaga.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook