Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Air Sungai Golok melimpah ke Rantau Panjang
utama

Air Sungai Golok melimpah ke Rantau Panjang


KOTA BHARU: Projek benteng sungai di sebelah Kelantan belum siap sepenuhnya, sebaliknya di Thailand sudah dibina benteng fasa kedua selepas fasa pertama sudah lama siap.

Lebih membimbangkan lagi projek benteng fasa kedua di Thailand lebih tinggi berbanding benteng sedia ada di negara terbabit.

Adun Gual Periok Kamaruzaman Mohamad berkata, keadaan benteng fasa kedua di Thailand jauh lebih tinggi dan ia dapat dilihat dengan jelas dari tebing sungai di Rantau Panjang.

“Kalau kita duduk di tebing Sungai Golok di Rantau Panjang akan nampak keadaan benteng di sebelah Thailand lebih tinggi. Keadaan ini akan membahayakan penduduk di Rantau Panjang.

“Air dari Sungai Golok akan melimpah ke sebelah Rantau Panjang memandangkan banteng di sebelah Thailand lebih tinggi,” katanya ketika membahas Rang Undang-Undang Belanjawan 2025 pada sidang DUN hari ini.

Pada Disember 2022 Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilapor mengarahkan beberapa kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion tidak diteruskan.

Katanya, ia membabitkan kelulusan secara rundingan terus yang diluluskan sebelum ini.

Sedangkan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok begitu penting bagi mengelakkan banjir yang berulang setiap kali musim tengkujuh di Rantau Panjang dapat dielakkan.


Malah ada benteng di Rantau Panjang yang siap dibina pecah akhir Disember lepas sehingga menyebabkan berlaku banjir termenung dalam tempoh begitu lama.

Kamaruzaman berkata, menjadi tanggungjawab bersama kerajaan pusat dan negeri memastikan projek tebatan banjir dapat disiapkan bagi mengatasi masalah banjir. 

“Penduduk terdedah dengan bahaya apabila jumlah air dari Sungai Golok akan melimpah masuk ke Rantau Panjang memandangkan benteng banjir di sebelah Thailand jauh lebih tinggi,” ujarnya. 

Beliau juga berkata, Kelantan berjaya mengetengah model perpaduan nasional di mana rakyat pelbagai bangsa dan agama hidup dalam suasana harmonis.

Menurutnya ada mek (wanita) bangsa India dan Cina boleh bercakap bahasa Melayu Kelantan dengan baik. 

“Tahniah kerana Kelantan berjaya mengentengahkan model ini ke peringkat nasional dan boleh dicontohi di negeri-negeri lain,” ujarnya.

Sebelum itu Adun Pulai Chondong Azhar Salleh mencadangkan kerajaan membina laluan bertingkat di simpang tiga Labok-Selising kerana sering berlaku kesesakan di lokasi terbabit.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook