Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

AKTA WILAYAH LAUT 2012 TIDAK SAH, PELANTAR BENUA KELANTAN BERHAK DAPAT ROYALTI – YB WAN ROHIMI
utama

AKTA WILAYAH LAUT 2012 TIDAK SAH, PELANTAR BENUA KELANTAN BERHAK DAPAT ROYALTI – YB WAN ROHIMI

Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 24 November – Ahli Dewan Negeri (ADN) Melor, YB Wan Rohimi Wan Daud, menegaskan dalam perbahasan Belanjawan Negeri Kelantan bahawa Akta Wilayah Laut 2012 yang digubal adalah tidak sah dan melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau yang juga Timbalan Exco Pembangunan Wilayah, Sumber Asli, Integriti, Pembangunan Insan dan Undang- Undang menjelaskan bahawa perubahan sempadan laut dan Pelantar Benua yang dilakukan melalui akta tersebut tidak mendapat persetujuan dari semua negeri yang terkesan, termasuk Kelantan.

"Menurut Perlembagaan Persekutuan, apa-apa perubahan sempadan yang melibatkan mana-mana negeri perlu dibawa dan diluluskan di dalam Dewan Negeri tersebut," tegasnya ketika sesi Perbahasan Belanjawan Negeri Kelantan 2024 pada hari kedua Persidangan Kali Ketiga bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Ke-15, hari ini.

Jelasnya lagi, proses penggubalan Akta Wilayah Laut 2012 tidak mengikut kaedah yang betul kerana tiada rundingan yang dilakukan dengan kerajaan negeri Kelantan berkenaan perubahan sempadan tersebut.

“Tindakan penafian hak royalti yang diberikan kepada Kelantan akibat daripada perubahan sempadan laut tersebut adalah tidak sah dan tidak terpakai. Ia tidak boleh diterima kerana ia bertentangan dengan prinsip perlembagaan yang jelas menetapkan bahawa keputusan melibatkan perubahan sempadan negeri perlu mendapat kelulusan Dewan Negeri masing-masing,” hurainya.

YB Wan Rohimi juga menyeru agar kerajaan Persekutuan memberikan perhatian serius terhadap hak Kelantan dalam isu royalti hasil laut, dan beliau berpendapat bahawa kerajaan negeri berhak untuk menuntut semula hak tersebut berdasarkan prinsip keadilan dan perlembagaan negara.

Isu tersebut, menurutnya, bukan sahaja penting untuk kemajuan ekonomi negeri, tetapi juga melibatkan soal keadilan kepada rakyat Kelantan yang berhak menerima hasil dari sumber alam mereka.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook