Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

BELANJAWAN 2025: PEMBANGUNAN SAHSIAH DAN BUDAYA ISLAMI – YB ZAMERI
utama

BELANJAWAN 2025: PEMBANGUNAN SAHSIAH DAN BUDAYA ISLAMI – YB ZAMERI

Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 24 November – Ahli Dewan Negeri (ADN) Jelawat, YB Zameri Mat Nawang, dalam perbahasan Belanjawan Negeri Kelantan 2024, menzahirkan penghargaan terhadap Teras 1 belanjawan yang menumpukan pembangunan sahsiah berpandukan al-Quran dan pembudayaan Islami.

YB Zameri turut memuji tindakan kerajaan yang memperlihatkan komitmen tinggi dalam memartabatkan Islam melalui pelbagai inisiatif signifikan. Antaranya ialah kenaikan elaun bagi kakitangan Halaqat dan guru Yayasan Islam Kelantan (YIK), penubuhan pusat taranum bagi menyemarakkan cinta al-Quran, serta peruntukan khas untuk menangani gejala sosial dan memperkasakan undang-undang syariah.

Seterusnya, beliau menyarankan beberapa langkah strategik untuk memperkukuh keberkesanan pelaksanaannya.

"Langkah ini adalah manifestasi kesungguhan kerajaan untuk mengangkat Islam sebagai dasar utama dalam pentadbiran negeri Kelantan," ujar beliau pada hari kedua Persidangan Kali Ketiga Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Ke-15, hari ini.

Beliau mengutara cadangan penubuhan Jabatan Penguatkuasaan Syariah Kelantan yang bakal mengoptimum tugas penguatkuasaan berkaitan undang-undang syariah secara lebih efisien dan tersusun.

“Dengan adanya jabatan khusus ini, penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik serta memastikan peraturan syariah terus dihormati dan dipatuhi," tegasnya.

Selain itu, YB Zameri juga menyeru agar usaha penubuhan Mahkamah Syariah di Kelantan dipercepatkan, meliputi tingkatan Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah, dan Mahkamah Utama Syariah.

Beliau percaya, struktur mahkamah syariah yang lengkap ini akan membuka peluang kepada rakyat untuk mendapatkan keadilan dengan lebih baik dan menyeluruh.

Dalam perbahasan itu juga, YB Zameri menyentuh kepentingan mewujudkan sebuah institusi khas yang akan bertindak sebagai badan pengurusan pelaksanaan perkara berkaitan demokrasi di Kelantan.

"Institusi ini penting untuk memastikan prinsip demokrasi dapat terus dijalankan secara inklusif, berintegriti, dan memenuhi aspirasi rakyat," tambahnya.

Mengakhiri sesi perbahasan, beliau menegaskan bahawa Belanjawan Negeri Kelantan 2024 telah dirangka dengan cermat untuk memastikan kemajuan negeri dari sudut material dan spiritual.

"Perancangan ini adalah bukti nyata bahawa kerajaan Kelantan benar-benar berusaha memenuhi prinsip 'Membangun Bersama Islam'," ujarnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook