Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Belanjawan 2025 tumpu kesejahteraan rakyat
utama

Belanjawan 2025 tumpu kesejahteraan rakyat



KOTA BHARU: Belanjawan Kelantan 2025 dianggap sebagai manifestasi kerajaan negeri memastikan pembangunan berjalan seiring dengan prinsip Islam.

Pesuruhjaya PAS Kelantan Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob berkata, belanjawan tersebut berjumlah RM1.45 bilion memberi tumpuan kepada kemakmuran negeri, kesejahteraan rakyat dan pembangunan mampan. 

Katanya, melalui perancangan yang terperinci dan penuh hikmah, kerajaan negeri menggariskan pelbagai inisiatif bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Kelantan.

“Selain itu usaha untuk mewujudkan peluang-peluang baharu bagi generasi akan datang seiring Penghayatan Membangun Bersama Islam,” katanya di sini.

Pada persidangan DUN Kelantan pagi tadi Menteri Besar Dato' Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud membentang Belanjawan 2025 bertema ‘Keberkatan, Kesejahteraan Dan Keseimbangan Untuk Kemakmuran Negeri’.



Menurut Menteri Besar Belanjawan 2025 sebagai perancangan berbelanja secara berhemat dan sebagai usaha serta langkah kerajaan ke arah bajet seimbang, selaras dengan kedudukan aliran tunai kerajaan.

Manakala anggaran hasil pada tahun 2025 dijangka sebanyak RM997.26 juta meliputi hasil cukai RM230.51 juta, hasil bukan cukai RM354.93 juta dan terimaan bukan hasil RM411.82 juta. 

Ustaz Ahmad yang juga Adun Pasir Pekan berharap pelaksanaan Belanjawan 2025 membolehkan Kelantan terus maju, sejahtera dan diberkati oleh Allah SWT.

“Alhamdulillah, saya merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar,” ujarnya.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook