Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

BELANJAWAN KELANTAN 2025: PERUNTUKAN RM1.45 BILION UNTUK PEMBANGUNAN MAMPAN, PENGURUSAN CEKAP
utama

BELANJAWAN KELANTAN 2025: PERUNTUKAN RM1.45 BILION UNTUK PEMBANGUNAN MAMPAN, PENGURUSAN CEKAP

Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 21 November – Belanjawan Kelantan 2025 bertema Keberkatan, Kesejahteraan dan Keseimbangan Untuk Kemakmuran Negeri memperuntukkan sejumlah RM1.45 bilion, menunjukkan komitmen kerajaan negeri terhadap pembangunan mampan dan pengurusan cekap.

Menteri Besar YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud berkata sebanyak RM1.09 bilion, bersamaan 75.11 peratus daripada keseluruhan bajet, diperuntukkan kepada perbelanjaan mengurus. Manakala, RM361.33 juta atau 24.89 peratus disalurkan kepada perbelanjaan pembangunan yang memberi fokus kepada kesejahteraan rakyat dan pemerkasaan infrastruktur asas.

“Kita mahu memastikan setiap sen yang dibelanjakan membawa keberkatan dan kesejahteraan kepada rakyat serta seimbang dengan keperluan pembangunan negeri,” katanya ketika membentangkan belanjawan dalam Persidangan Kali Ketiga bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Ke-15, hari ini.

Beliau turut menekankan prinsip urus tadbir berintegriti serta pendekatan inklusif demi memastikan Kelantan terus makmur dan sejahtera.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook